Monday, February 8, 2016

Cuti-cuti Penang bhg 1

Assalamualaikum

Cuti Tahun Baru Cina kali ni kami tak pulang ke kampung. Kebetulan Mok nak ke rumah Awe (anak buah saya) yang baru pindah ke Parit Buntar, kami pun bercadang bercuti ke utara saja. Jumpa Mok di rumah Awe dan terus bercuti di Penang. Anak-anak dan ibunya sekali ( hehehe) pun dah lama ajak Abah bercuti ke Penang. Kira percutian kali ni 2 dalam 1 lah.

Pagi Sabtu, awal-awal lagi kami dah keluar. Lepas subuh terus bertolak dari rumah ke utara. Yelah semua orang dah mula cuti Tahun Baru Cina. Untuk elak kesesakan, kami berpagian keluar. Alhamdulillah perjalanan lancar sehinggalah kami tersangkut di Sungai Buloh. Ada kemalangan. Sejam jugaklah pergerakan perlahan. 

Cik Abang pulak tak biasa terperangkap dengan kesesakan ni. Mulalah resah gelisah di tambah pulak dengan kereta-kereta yang memotong menggunakan lorong kecemasan. Lagilah teruk kesesakan.


* Sempat jugak ambik gambar orang yang kena saman. Haa guna lorong kecemasan lagi!!

Dipendekkan cerita, tengahari tu kami ke Bidor ( dekat je dengan exit Bidor) untuk makan mee kari. Sebenarnya Cik Abang saya dah buat research mana tempat-tempat menarik dan juga tempat makan yang sedap. Jadi kali ni kami nak makan Mee Kari Ramli di Bidor.




 * Mee kari

* Mee kicap dan sup

Di sini kita boleh memilih sendiri fish ball, fish cake, sosej, crab stick atau bahan-bahan ain yang kita nak. Kemudian baru kita beritahu nak mee kari ke atau mee kicap. Nanti mereka akan sediakan.

Bagi saya rasa mee kari ni biasa saja tapi mungkin bagi orang lain, ianya sedap. Yelah setiap orang punya selera yang berbeza. Tapi tak salah mencuba kan.

 * Gua Tempurung

* Terowong  Menora

Kami meneruskan lagi perjalanan. Sekali lagi kami tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Anak-anak dah mula bosan. Asyik tanya bila nak sampai. Tidur sudah, bangun pun sudah. Akhirnya pukul 3 petang kami sampai ke Taiping.

TAIPING

Salah satu destinasi kami hari ni adalah Taiping. Kenapa? Sebabnya Cik Abang nak melawat sambil tunjukkan anak-anak sekolah lama dia, MRSM Taiping. Damai dan menghijau je bandar Taiping ni.  


 * " Inilah sekolah Abah"


* Dah ada anak 4 baru berkesempatn nak datang sini

Lepas tu Abah janji nak bawak anak-anak bagi kuda makan. Seronoklah budak-budak tu lebih-lebih lai Angah. Angah sebenarnya sukakan binatang.



Disebabkan hari tu ada seorang je yang bertugas, kami tak boleh bagi kuda makan. Jadi Abah tanya nak naik kuda  tak? Apa lagi, lagilah suka. Dapat pengalaman baru. Adib pun bersungguh-sungguh nak naik. Ingatkan takut..hehehe

 * Adib dan Angah dah bersedia

 * Adib naik kuda kecik je. Sambil dibawa berjalan, kakak ni akan berborak dengan kanak-kanak.

 * Adib tak puas naik.

 * Kuda Angah besar. Nama dia Mcgoo

 * Dibawa berjalan 2 pusingan untuk setiap orang dengan harga RM10

* Abang pun seronok

Lepas naik kuda, perut pun dah rasa lapar. Misi mencari makan pulak di Taiping. Kali ni kami pilih nak makan Yong Tau Foo pulak. Ianya terletak bersebelahan dengan Taiping Mall.

 * Pemandangan cantik sekitar Taman Tasik Taiping

 * Kami pilih gerai ni

 * ABC sedap. Ada tembikai dan juga epal

 * Yong tau foo ni sedap

* Banana split. Berebut budak-budak ni makan :P

Alhamdulillah, dah tamat misi jelajah Taiping. Buah tangan belum beli lagi nak ke rumah Awe. Nasib baik ada mall sebelah ni. Bolehlah beli buah sikit. Kebetulan di mall tu ada pertunjukan tarian naga dan singa. Sementara saya pergi beli buah, Cik Abang temankan anak-anak tengok pertujukan. Apa lagi terloponglah Angah tengok tarian tu. Dia kata dia suka perhatikan pergerakan tarian singa tu. Kombinasi orang yang pegang kepala dan juga orang dibelakang.



Maghrib baru sampai rumah Awe. Alhamdulillah, Mok pun dah sampai dari kampung. Begitu jugak dengan Along (kakak sulung saya) dan anak-anak dia yang lain pun dah sampai. Awe ni sebenarnya anak Along yang sulung.




* Berborak sampai muncung-muncung mulut..hehehe

Bila dah berkumpul ramai-ramai ni, tak sedar masa berlalu. Kejap je dah lewat malam. Jadi kami minta diri ke hotel di Penang.

* Pukul 11.30 malam di jambatan Pulau Pinang. Anak-anak semua dah tidur

* Satu lagi tempat makan yang popular

* 1/2 jam beratur. Bungkus je 


* Cik Abang kata sedap. Berbaloi 1/2 beratur. Ayam goreng dan telur dadar, RM 10

Tamat perjalanan satu hari dari Seremban. Pukul 1 lebih baru boleh tidur. Jumpa esok ye :)


No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015