Wednesday, April 1, 2015

Bersantai di taman KLCC

Assalamualaikum

Hari Ahad lepas saya tak ke kelas menjahit sebab cikgu ada kenduri. Jadi kami kesempatan membawa anak-anak ke KLCC. Yela biasanya hari minggu je saya akan ke kelas menjahit. Memang tak ada masa bawa anak-anak keluar. Tujuan utama ke KLCC ialah nak ke Petrosains. Angah dah lama mengajak Abahnya ke sana.


Kami keluar rumah awal pagi. Bersarapan di R&R Seremban. Memang nak sampai awal ke KLCC. Nak bagi mereka mandi kolam dulu sebelum masuk Petrosains. sampai kolam KLCC pukul 9.30 pagi. Rupa-rupanya kolam buka pukul 10 pagi. Nasib baik ada taman permainan, kalau tak, bisnglah budak-budak ni bertanya bila boleh mandi. Sementara tu Abah mereka pergi membeli tiket Petrosains.




Tepat jam 10 kolam dibuka, anak-anak dah tak sabar nak turun kolam. Buka jeans, terus je berlari ke kolam. Seronok betul bila nampak air.














Sejam jugak berendam. Matahari dah semakin terik. CikAbang ajak anak-anak dia keluar kolam. Takut pulak anak dia hitam :P. 

Sebelum masuk Petrosains, kita makan tengahari dulu. Masa ni anak buah saya ada datang. Kami berjumpa di KLCC. Saja ajak sebab dah lama tak jumpa. Lagipun ada lagi seorang anak buah yang datang dari kampung. Itu yang best dapat jumpa ramai-ramai.

 * Makan tengahari di medan selera KLCC. Mahal...hehehe

 * Cucu saudara, Faiq Amnan


Lepas makan barulah kami ke Petrosains. Kami je yang masuk. 


No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015