Wednesday, July 22, 2015

Aidilfitri 2015

Assalamualaikum

Walaupun dah masuk raya ke-6 tapi mood raya masih berkobar-kobar. Ada yang masih bercuti hari ni. Sekolah anak-anak pun bermula esok. Alhamdulillah hari raya tahun ni meriah sekali. Hajat saya nak kumpulkan adik-beradik serta anak dan cucu saudara boleh dikatakan hampir berjaya. Cuma Kak Teh dan Nini dengan keluarga masing-masing tak dapat bersama. 

Kak Teh yang terpaksa bertugas manakala Nini pula beraya di rumah mertua. Jika tidak lengkaplah semua ahli keluarga Anak Cucu  Saud. Hampir sebulan juga saya membuat perancangan untuk mengadakan gathering ni termasuk tema baju raya sekali.

Kemeriahan bermula selepas solat hari raya apabila semua adik beradik beserta keluarga masing-masing sampai kerumah Mok. Bersalaman antara satu sama lain. Masa tu keriuhan tak payah nak ceritalah. Tahun ni saya yang jadi tuan rumah dengan Mok.

Jom kita layan gambar, barulah boleh bayangkan keriuhan kami di hari raya :)

















Itu bab bermaafan dan bagi duit raya. Sekarang bergambar bersama keluarga pulak. Ini gambar adik-beradik saya dengan anak cucu masing-masing mengikut turutan. Saya anak yang bongsu, jadi gambar keluarga saya yang last :p.
                                  







* Adik-beradik 

*Menantu-menantu Mok

* Nenek dan sebahagian dari cucu-cucunya

 * Anak dara n mak dara

* Abang-abang Sado, cucu lelaki nenek

 * Next generations

* The Gediks ...hehehe

* Masih ada 15 orang lagi untuk melengkapkan semua ahli Anak Cucu Saud

Alhamdulillah, raya tahun ni memang seronok. Dapat berkumpul ramai-ramai mengeratkan tali silturrahim. Sehingga berjumpa lagi tahun depan Aidilfitri jika dipanjangkan usia.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN


2 comments:

  1. YES! ADIK KU NORIATI SUDAH KEMBALI DENGAN LAMAN BLOGNYA....HEHEE!, SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN ATI

    ReplyDelete
  2. Selamat hari Raya Kak Zana...hehehe malulah plk...maklumlah dah lama " tenggelam"

    ReplyDelete

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015