Monday, February 9, 2015

Rutin Ibu

Assalamualaikum

Sudah lebih 2 minggu tak update blog. Semakin terabai blog ni. Kadang-kadang tu rasa nak sangat update blog tapi idea menulis tu tak datang. Tak macam masa mula-mula berblog dulu. Macam-macam nak cerita. Di samping kesibukan sehari-hari, sifat "M" tu pun mempengaruhi jugak. Hari ni gagahkan juga menulis memandangkan tempahan jahitan dah tak banyak. Boleh berantai-santai sikit.

Macam biasalah seorang isteri dan ibu memang sibuk. Baik yang bekerja ataupun surirumah. Bangun pagi hinggalah waktu malam sentiasa sibuk. Ada saja kerja yang nak kena buat. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang ada anak kecil. Lagi tak menang tangan. Alhamdulillah anak-anak saya dah besar. Jadi taklah kelam-kabut sangat.

Hari ni saya nak cerita rutin saya yang boleh dikatakan sibuk juga. Saya bangun pagi taklah awal sangat. Dalam pukul 6 pagi bangun dan solat subuh berjemaah dengan suami. Kemudian sediakan sarapan untuk anak-anak ke sekolah. Biasanya saya hanya menyediakan sarapan yang senang je sebab anak-anak kurang berselera makan pagi. Bekal pula mereka tak nak bawak. nak membeli di kantin punya pasal. Anak-anak ke sekolah dengan Abah mereka. Jadi Ibu taklah "gaduh" nak hantar.

Ibu di rumah berdua dengan Adib. Ibu menjahit sementara Adib menonton tv je. Bila dia bosan, dia cari Ibu. Peluk cium dia, kadang-kadang bergolek-golek sekejap dengan dia. Ibu sambung balik menjahit. Tengahari baru masuk dapur. Masak untuk makan tengahari. Pukul 2 petang keluar ke sekolah membawa nasi kepada Amni dan Akmal yang ada KAFA pukul 2.30 nanti. Aiman pula ada kelas tambahan, persediaan UPSR tahun ni.


Balik rumah, sempatlah sambung menjahit sekejap. Pukul 3.30 keluar lagi ke sekolah ambil Aiman. Belum pun panas enjin mesin jahit, Ibu kena keluar lagi ke sekolah ambil Amni dan Akmal pula pukul 5 petang. Begitulah hari-hari rutin Ibu sebagai "driver". Keluar masuk keluar masuk. Tapi Ibu puas hati sebab anak-anak Ibu ada depan mata. Terjamin keselamatan dan masa sampai ke rumah. Ingat dulu masa Aiman dan akmal ke sekolah dengan van, ibu sentiasa tertunggu-tunggu depan pintu. tunggu anak balik sekolah. Sampai rumah anak dah letih. Kadang-kadang sampai teridur dalam van sekolah.

Lepas makan malam, barulah boleh rehat sikit. Menonton tv dengan Cik Abang sambil melipat kain. Walaupun kata berehat tapi tangan masih bergerak melipat kain. Melipat kain ni bukanlah rutin harian Ibu. Kadang-kadang 2 hari sekali. Tak pun 3 hari sekali selepas mata dah tak sanggup tengok kain dalam bakul melimpah ruah.

Itulah serba sedikit cerita rutin seharian saya yang kononnya boleh dijadikan alasan kenapa selalu lambat dan tak update blog..hahaha

Diharapkan masih ada yang sudi membaca blog saya :-)




4 comments:

  1. saya suka je masuk blog akak, gambar cantik2 belaka :)

    ReplyDelete
  2. Dah hampir 2 tahun jadi Wahm, rasa jadi suri rumah lebih sibuk dari jadi Manager kat ofis sampai xsempat menulis. Yang paling best, boleh urus jadual sendiri, x ada tekanan, happy sokmo.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih la cikgu Zaila sbb suka blog akak. Akak ni x reti nak menulis kalu x dok gambar. Rela x dok entri kalu x dok gambar yg sesuai

    ReplyDelete
  4. Diari seorang Wahm mmg bz kak Hana. x duduk diam tp betul kata Kak Hana, happy sokmo

    ReplyDelete

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015