Friday, December 19, 2014

Balik kampung

Assalamualaikum

Kali ni kami balik kampung lama sikit. Seminggu. Puas berjalan-jalan dan anak-anak pun puas dapat main bola di padang futsal depan rumah.

Kali ni kami tak balik ke Serting seperti biasa. Kami memilih jalan KL iaitu melalui Karak sebab nak hantar Kak Su (anak saudara) ke UiTM Jengka. Abang Long pun ada sekali ikut. Perjalanan kami balik kampung sekarang dah makin senang dengan adanya Lebuhraya Pantai Timur. Cepat sikit sampai.

Sebenarnya kali ni semua adik-beradik saya dikehendaki balik ke kampung kerana ada urusan tanah arwah ayah. Hari Sabtu malam tu riuh rendahlah rumah mak sebab anak-menantu, cucu-cicit kebanyakannya ada. Bukan senang nak berkumpul macam ni.

 * Mok dan anak-anak

 * mok dan menantu, cucu menantu

 * Ini baru sikit je tau..ramai lagi yang belum masuk gambar

 * Si kecik Aryan dan Rayyan

Gambar-gambar di bawah ni menunjukkan kemeriahan keluarga saya. Ada kelompok orang tua, keompok anak-anak dara, kelompok anak-anak kecik dan macam-macam lagi.








Ni pulak team bolasepak Kampung Kubang Bemban. Tak kira masa pergi padang. Tinggal waktu malam je tak pergi. Yang perempuan pun main bola. Bukan apa, tak cukup korum.






Wednesday, December 3, 2014

MRS - Year End Sale bermula

Assalamualaikum




 Berita baik kepada peminat-peminat Miracle Refreshing Spray. MRS mengadakan jualan murah besar-besaran sempena akhir tahun. Jadi marilah mengambil kesempatan ini untuk berjimat. Year End Sale - YES ni bermula 1 Dis 2014 yang lepas sehingga 31 Jan 2015.
Trial pack (10 ml) juga telah kembali semula ke pasaran dengan harga promosi RM12.90. Harga sebenar trial pack ni RM14.90. RM 9.90? Ye itu merupakan harga pengenalan selama setahun dan sekarang ianya teah berakhir. Untuk tidak mengecewakan peminta-peminta trial pack yang cute dan senang dibawa ni, pihak MRS telah mengadakan promosi RM 12.90 selama 2 bulan. Jadi jomlah ambil kesempatan ni sebelum ianya kembali ke harga asal.


MRS - essence serum 40ml dikelurkan khas untuk YES. Kalau sesiapa yang baru nak mencuba pakai serum bolehlah beli botol yang kecil ni. Tapi saya jamin anda tak menyesal menggunakan serum ni. Harganya RM 17.90 sebotol.


Ada lagi ni. Jika anda membeli 2 botol MRS Serum, anda akan dpat satu botol lagi dengan percuma. Haa promosi ni memang best. Bukan selalu ada peluang baik macam ni. Jom beli sekarang !. Harga sebotol MRS Serum RM39.90

Jika berminat dengan produk MRS ni janganlah  segan dan malu untuk menghubungi saya Noriati di 019-6832397. E-mail noriatisaud@gmail.com


Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015