Friday, November 14, 2014

Family trip to Felda Residence Hot Spring Sungai Klah bhg 1


Assalamualaikum



Tiap-tiap tahun kami sekeluarga (sebelah suami) mengadakan family trip. Tahun ni kami memilih Hot Spring Sungai Klah. Sebenarnya kami pernah mengadakan family trip  di sini 4 tahun lepas. Disebabkan cukup puas hati dengan tempat ni kami pilihnya sekali lagi sebagai destinasi family trip tahun ni. 

Jumaat lepas, semua ambil cuti kecuali Dik Ya dan Safwan. Saya dan keluarga serta mak dan abah bertolak dari rumah Abang Chik selepas sarapan bersama di rumahnya. Kak Long pula dari Klang. Kami tidak berjanji untuk bergerak bersama-sama sebab Kak Long sendiri ada urusan sebelum ke sana.
* Sempat bergambar dulu sebelum bergerak

Kemudian berhenti rehat sekejap di R&R Rawang untuk legakan kepenatan memandu. Sempatlah anak-anak bermain setelah bosan dalam perjalanan tadi




Lebih kurang pukul 2 petang kami sampai ke lokasi. Alhamdulillah Kak Long pun sampai pada masa yang sama. Sebenarnya Kak Long dah booking villa ni lebih kurang  3 bulan lepas dengan deposit RM180. Kak Long booking villa jenis c untuk 3 hari 2 malam beserta pakej sarapan 2 hari untuk 6 orang dewasa serta tiket masuk ke kolam mandi untuk 6 orang dewasa.

Oleh sebab kami membawa bekalan makanan sendiri, kami tidak membayar tambahan untuk sarapan. Cuma kami hanya perlu menambah tiket ke kolam mandi untuk 4 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak. RM 20 untuk dewasa dan RM13 untukkanak-kanak, pakej untuk 2 hari.

Hari tu Kak Long membayar sebanyak RM2100. Memanglah nampak mahal tapi kalau pergi ramai-ramai bolehlah kongsi-kongsi. Bagi saya ianya berbaloi ntuk percutian bersama keluarga yang besar macam keluarga kami ni.

Setelah mendaftar dan membuat pembayaran kami semua membuat keputusan untuk makan tengahari di kedai Nasi Bamboo Sungai Klah. Pernah dengar tentang kedai ni?




Haa..inilah dia gerai nasi bamboo tu. Saya sendiri pun tahu tentang gerai ni memalui Majalah 3 beberapa bulan lepas. Memang nak sangat rasa. Muala-mula tu nak pergi hari Ahad, dalam perjalanan balik tapi "adik front desk" semasa mendaftar tu kata hari Ahad biasanya ramai orang. Beratur panjang. Jadi kami semua sepakat makan hari tu jugak walaupun tanpa Dik Ya.

Gerai ni terletak lebih kurang 250 m dari simpang ke Felda Sungai Klah. Dan juga lebih kurang 5 KM dari Hot Spring.


Nasi bamboo ni dijual dengan set. 2 ketul nasi bammbo beserta kentang goreng berlada, ulaman, telur masin dan kuah kari. ada juga lauk tambahan, ikan talapia panggang, sotong, udang, dan juga ayam kampung. Yang paling saya nak rasa ialah ayam kampung bunian dan ayam goreng serabut.



 * Nasi bamboo dan ayam panggang bunian

 * Mak dan ayam goreng serabut

 * Amni makan cendol yang sedap

Sedang enak makan nasi, hujan turun mencurah-curah. Habis basah dalam gerai ni. Seeloknya gerai perlu diperbesarkan. Biar pelanggan selesa sikit, memandangkan masakan di sini mempunyai keunikan tersendiri dan mempunyai pelanggan dari segenap pelusuk.

Di bawah ni menunjukkan harga untuk masuk ke  Hot Spring ni. Diharap dapat membantu sesiapa yang ingin berkunjung ke sini.


* Peta lokasi

Alhamdulillah dah sampai ke villa penginapan kami. Di sini terdapat 18 buah villa. Villa ni mempunyai 3 buah bilik dan terdapat jakuzzi didalamnya. Villa ni memang sesuai untuk keluarga yang besar macam kami ni. 



Master bedroom atau bilik utama yang besar dan selesa. Kalau bercuti bersama keluarga bolehlah berkongsi bilik.

Almari pakaian yang besar . Setaip bilik pun disediakan almari pakaian



Gambar-gambar di atas adalah bilik air di bilik utama. 2 lagi bilik tidur berkongsi satu bilik air

2 buah bilik tidur mempunyai 2 buah katil bujang

Ruang tamu

Dapur yang mempunyai kelengkapan yang cukup untuk memasak. Periuk nasi elektrik, cerek elektrik serta kuali disediakan. Tapi peruik nasi yang ada dalam gambar tu kami bawak sendiri dari rumah. Yelah ahli keluarga kan besar, kenalah bawak periuk yang besar sikit :).


Inilah jakuzi yang saya ceritakan tadi tu. Sebenarnya inilah tarikan utama kami ke sini. Boleh berendam bila-bila masa je. Yelah anak-anak memang suka mandi lama-lama, jadi jakuzi dalam rumah ni memang sesuai untuk mereka. Kita pun bleh pantau dari dalam rumah je.


Sampai-sampai je terus nak tukar baju dan main air. Semua sekali cucu Ramli masuk. Masa ni Adam belum sampai lagi.

Abah pun join sekali dengan anak kecik


Pak Lang sedang ajar anak-anak buah percikkan air


Pukul 11 malam barulah Adam sampai. Barulah lengkap keluarga Ramli ni. Mata pun dah mengantuk. Esoklah pulak sambung main air.


No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015