Sunday, November 30, 2014

Pengalaman menjaga anak yang berkhatan

Assalamualaikum

* Klinik Zaaba, Garden Homes

Maaflah kalau sekarang ni saya asyik cerita tentang berkhatan. Ye lah pengalaman pertama anak berkhatan. Bukan seorang tapi tiga orang sekaligus. Disamping mengabdikan kenangan dan pengalaman sendiri untuk tatapan anak-anak, ianya boleh juga dijadikan rujukan pembaca semua.

Alhamdulillah anak-anak saya telah selamat berkhatan pada petang Ahad lepas (23/11/2014). Khatan awal-awal supaya senang nak merancangke mana-mana lepas tu. InsyaAllah seminggu lagi nak balik kampung. Mudah-mudahan anak-anak dah baik masa tu.

Dua tiga minggu sebelum cuti sekolah saya dah survey klinik yang ada perkhidmatan khatan ni. Lepas tu terus booking tarikh paling awal selepas cuti sekolah. Alhamdulillah dapat dapat hari minggu. Senang sikit Abah mereka ada. Ye lah bayangkan nak handle 3 orang sekaligus.

Kami telah memilih kaedah clamp dan cautery ( sila lihat post sebelum ini di sini) untuk anak-anak. Di klinik ni kita diberi pilihan samada nak guna kaedah clamp dan cautery atau kaedah cautery dan jahit. Bagi saya kedua-dua kaedah tu ada kelebihannya yang tersendiri. Bergantung kepada ibubapa kaedah mana yang nak dipilih.

Harga pulak RM 150 untuk seorang.

 * Cautery (ihsan google)

* Clamp (ihsan google)

* Muka-muka cuak sebelum masuk bilik pembedahan kecuali yang baju merah tu..senyum je

Masa di rumah, Ibu dan Abah dah beritahu giliran, siapa yang kena masuk dulu ke bilik pembedahan. Angah kena masuk dulu memandangkan Angah berani. Biar bagi semangat sikit kepada orang lain. Kemudian Along dan Abang. 

* Angah memang berani. Senyum je masa doktor bius dan khatankan. Good job Angah.

* Abang orang yang kena masuk bilik bedah sebab masa ni Along sedang solat asar. Abang menangis sikit masa bius. Tu yang muka masam tu.

* Along dengan muka ceria je sebelum dibius. Ibu yang teman Along masuk bilik bedah. Angah dan Abang, Abah yang teman.

* Masih senyum walaupun sudah berkhatan. Ye lah masih belum terasa sakit sebab ubat bius masih ada. 3 orang siap dikhatankan dalam masa 1 jam

* Abang muncung je sebab dia baru lepas menangis sebab sakit bila kencing. Yang 2 orang tu masih boleh tersenyum

* Bersedia untuk tidur. Along pulak yang muka kelat. Juga sakit dan pedih selepas kencing.

Abah gunakan kaki speaker untuk jadikan tiang. Kebetulan home theater Abah rosak masa ni dan dibaiki. Bolehlah pinjam kaki sekejap. Kemudian palang putih tu sebenarnya untuk gantung langsir yang beli di IKEA. Kebetulan ada di rumah, tak guna. Lepas tu ambik 2 pengepit baju, ikat kedua-dua hujung dengan tali rafia. Jadi Abah gabungkan kesemua tu untuk menggantung kain anak-anak. 


Alhamdulillah selama seminggu menjaga anak-anak berkhatan ni taklah susah. Guna kaedah clamp ni memang memudahkan kalau ramai-ramai macam ni. Sakit pun kurang. Cuma Abang je yang sakit sampai tak boleh tidur malam. Kesian pun ada sebab masa khatan tu kulit yang nak dipotong tu "dipaksa" pisahkan oleh doktor. Kalau ikut istilah dulu-dulu "anu buta".

Jadi berhari-hari jugaklah Abang "menderita" terutama sekali masa nak kencing. Hari pertama tu meraung kesakitan. Ibu dan Abah pun tak tahu nak buat apa. Jadi bagi anak-anak yang nak berkhatan dinasihatkan supaya selalu cuba-cuba tarik kulit lebihan anu tu ke bawah sehingga melepasi kepala anu supaya bila berkhatan kurang rasa sakit dan insyaAllah cepat baik.

Selepas sehari berkhatan, saya dapati lebam. Along pulak kembung berkilat. Abang tak habis-abis menangis. Risau pun ada. Yelah kita tak ada pengalaman. Bila telefon doktor, rupa-rupanya itu perkara biasa. Kenapa anu Angah lebam? Sebab mungkin masa cucuk bius tu, ada salur darah yang pecah. Along pulak sebab ubat bius mungkin terlebih dan masih ada. Tu yang nampak bengkak. Abang, macam yang saya cerita tadi lah. kes anu "buta". Jadi kepada ibubapa yang ada masalah macam ni, janganlah risau. Ini memang kes biasa.

Alhamdulillah hari ke-4, Angah dan Along dah boleh pakai seluar longgar walaupun clamp masih belum dibuka. Insya Allah hari Ahad ni ke klinik lagi untuk buka clamp. 



Saturday, November 29, 2014

Menu pantang berkhatan

Assalamualaikum


Ada orang kata kalau berkhatan kena pantang macam orang bersalin. Ada orang lain pulak kata tak payang berpantang. Boleh makan apa-apa je. Tapi bagi saya biarlah berpantang, takut pulak nanti bentan. Lagi susah nak jaga lepas tu.Walaubagaimanapun tak perlulah berpantang macam orang bersalin. Cuma elakkan makan makananyang berprotein tinggi dan berminyak.

Selama seminggu anak-anak berpantang, saya cuma masak ikan je. Belum boleh makan ayam, telur dan seafood. Memanglah nampak jemu tapi saya pelbagaikan menu dan masakan supaya mereka tidak jemu. Untuk berlaku adil, saya dan suami juga makan makanan yang sama dengan mereka. Selama seminggu itu jugaklah saya dan suami tak makan ayam.

* Bubur nasi dengan ikan dan ikan bilis ni menu makan malam yang pertama.

* Ikan Senangin bakar. Wan bawakkan dari kampung masa melawat cucu berkhatan. Boleh juga bakar bersama dengan lada hitam

* Sup ikan merah

* Ikan Siakap masak stim

* Ikan bawal masak stim
Ada juga saya masakkak bawal sup

* Ikan tenggiri singgang

* Ikan talapia merah bakar

Makan bersama-sama dengan nasi panas memang sedap. Untuk sarapan, anak-anak makan roti atau biskut cicah dengan Milo atau ait teh O.


Friday, November 28, 2014

Khatan: Terkini atau konvensional

Assalamualaikum

Hari ni  saya "copy & paste" artikel orang lain.  Kali ni saya nak kongsikan petikan dari blog Dr Azwan.  Untuk rujukan saya dan pembaca semua.

Teks : Dr Azwan




Salam,

Ramai yang bertanya, mana satu kaedah yang paling baik untuk berkhatan? Jawapan saya - semuanya boleh belaka dan semuanya baik...

Biarlah saya cuba menceritakan kaedah2 yang saya tahu dan daripada pengalaman saya mengkhatankan mungkin sudah beratus kanak-kanak.

Seperti saya tulis di dalam artikel sebelum ini, berkhatan adalah satu prosedur kecil tetapi di dalam perubatan walaupun ia prosedur yang kecil ia boleh membawa kepada risiko. Sebagai contoh, hatta suntikan di bahu menggunakan jarum yang paling halus pun ada juga risikonya yang tertentu. Jadi mari kita sama-sama nilai kelebihan khatan berdasarkan kaedah-kaedahnya dan risiko-risikonya.

Anda perlu tahu risikonya kerana perubatan moden adalah satu yang transparent atau jelas. Ini adalah kerana akhirnya, keputusan yang dibuat adalah di tangan anda dan bukan di tangan doktor. Penjelasan yang dibuat kepada anda akan menentukan keputusan yang akan anda ambil. Oleh itu ia perlu jelas dan difahami.


KAEDAH KONVENSIONAL

Kaedah konvensional juga ada banyak jenis. Tetapi untuk lebih mudah difahami, ia adalah membuang kulit di hujung kemaluan dengan memotongnya kemudian memberhentikan darah secara manual dan menjahit baki kulit.

Kaedah konvensional ini mengalami sedikit evolusi dengan kehadiran satu alat dipanggil cautery. Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri. Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah. Ini menjadikan proses khatan kurang dari segi pendarahannya.

Ada ibu bapa menyalah anggap dan memanggilnya sebagai "laser" walaupun ia bukanlah sejenis laser. Cautery elektrik pada pasaran semasa berharga antara RM 2500 - RM 5000 mengikut jenisnya. Oleh itu bukan semua klinik atau doktor yang mempunyai alat ini. (Saya pun pinjam dengan orang). Cautery menggunakan bateri daripada jenis yang baik dan tahan lama adalah di dalam lingkungan RM 2000. 

Kaedah menggunakan gunting dan pisau (blade) masih juga digunakan oleh sebilangan doktor. Pakar bedah plastik yang mengajar saya berkhatan dahulu pun masih menggunakan kaedah ini. Pendarahan diberhentikan menggunakan teknik "Ligation" iaitu diikat menggunakan benang. Kaedah memberhentikan darah secara ini adalah selamat kerana, saluran darah besar akan tertutup dengan pasti menggunakan benang berbanding membakar menggunakan cautery.

Walaubagaimanapun, cara ini agak lambat. Ia mengambil masa dari 20 minit sehingga 45 minit seorang pesakit. Bergantung kepada pendarahan dan sebagainya. Cara konvensional lebih memudahkan berlaku pendarahan kerana memotong menggunakan gunting atau pisau tidak memberhentikan darah berbanding cautery.

Oleh itu ramai doktor menggunakan kaedah konvensional tetapi memotong kulit dan memberhentikan salur darah menggunakan cautery dan menjahit kulit menggunakan benang "catgut". Ini mempercepatkan proses berkhatan dari 45 minit kepada 20 minit sahaja untuk seorang pesakit.


KAEDAH KLAMP

Kaedah klamp (tara klamp, smart klamp) adalah cara terikini untuk berkhatan. Ia adalah cara yang sangat cepat dan kurang pendarahan. Cuba bayangkan 80 orang boleh disunatkan di dalam masa 3-4 jam sahaja dengan 5 buah katil oleh 5 orang operator.

Jika tak silap saya salah satu klamp yang awal dihasilkan berasal daripada idea seorang doktor berketurunan sikh di Malaysia. Aneh kan? Seorang Doktor yang bukan Islam menghasilkan satu alat yang rata-ratanya orang Islam yang banyak menggunakannya.

Setelah kanak-kanak diberi bius, ukuran klamp dikenalpasti dan alat yang sesuai dengan saiz kemaluan akan dimasukkan. Setelah klamp diaplikasikan di tempatnya yang sesuai, kulit-kulit yang berlebihan akan dipotong (samada menggunakan cautery atau pisau). Pendarahan adalah kurang kerana segala salur darah telah ditekan menggunakan alat tersebut.

Kaedah ini tidak perlu jahitan. Oleh itu ia sangat cepat. Selepas 7 hari pesakit akan datang ke klinik semula untuk membuka klamp tersebut. Adakalanya ia akan jatuh sendiri dan ini memudahkan urusan.

Dari segi kos, kaedah klamp ini agak mahal. Rata-ratanya di klinik mengenakan bayaran daripada RM 200 hingga RM 350 untuk satu prosedur. Harganya mungkin lebih murah di dalam lingkungan RM 150- RM 180 sekiranya diadakan berkahatan beramai-ramai kerana dari segi bilangan peserta yang ramai akan mengurangkan kos.

Ada ramai doktor yang tidak beberapa menyukai kaedah klamp. Ini juga termasuk saya. Ada juga yang pada awalnya menggunakan klamp tetapi akhirnya bertukar kepada kaedah khatan konvensional.

Masalah yang berlaku kepada klamp ialah apabila untuk membuang klamp selepas satu minggu. Klamp akan melekat di kawasan kemaluan untuk menutup salur darah dibahagian kulit yang dipotong. Untuk membukanya kadang-kadang pesakit akan merasa sakit. Sakitnya adalah sebagaimana dia bersunat dahulu. Ada yang menangis kerana kesakitan selama beberapa hari selepas itu.

Sedangkan, kaedah konvensional hanya merana pada waktu bersunat sahaja selepas itu tidak ada lagi kesakitan kerana benang yang dijahit akan hilang sendiri dan tidak perlu dibuang.

Ada juga pendarahan berlaku selepas klamp dibuang. Ini kerana kulit yang diklamp tidak tertutup sepenuhnya kerana masalah jangkitan. Masalah jangkitan boleh berlaku pada teknik klamp dan mengakibatkan luka lambat sembuh. Berbanding dengan kaedah jahitan, luka mudah terbuka kerana tidak ada jahitan yang menyokongnya.

KESIMPULAN

Cara yang bagaimana anda pilih untuk mengkhatankan anak anda bergantung kepada pilihan masing-masing. Jika tidak mahu pendarahan, pantas dan mudah dijaga maka pilihlah klamp.

Sekiranya mahukan cara konvensional, ada jahitan dan kurang pendarahan, gunakan cara cautery yang masih mengekalkan tradisi lama.

Apapun pilihan anda, di dalam ibadat berkhatan, yang paling penting adalah kebersihan yang terhasil daripada proses tersebut. Ini kerana di dalam Islam, apabila kita berbincang tentang bab Feqah, perkara yang paling awal ialah Thaharah atau Penyucian. Maka kebersihan adalah matlamat utama ibadah ini.

* Terima kasih kepada Dr Azwan untuk artikel ini.

Wednesday, November 26, 2014

Tips menguruskan anak berkhatan

Assalamualaikum
Sebelum khatankan anak-anak, saya mencari-cari tips-tips untuk menjaga dan juga menu untuk orang berkhatan. Saya jumpa blog Puan Yati Yusof ni yang bagi saya ianya sangat berguna kepada ibu-ibu yang pertama kali ingin mneguruskan anak-anak berkhatan seperti saya.
Jadi saya meminta izin dari Pn Yati untuk saya kongsikan artikel beliau di blog saya.

Teks oleh Yati Yusof
Cuti sekolah akhir tahun sudah pun bermula, maka ramai jugalah ibu bapa yang merancang untuk mengkhatankan anak lelaki mereka. Anak lelaki saya telah selamat berkhatan ketika umurnya 10 tahun (2 tahun yang lepas). Setelah meneliti kaedah2 berkhatan yang ada akhirnya saya dan suami bersetuju untuk menggunakan kaedah konvensional yang sudah dimodenkan sedikit, bukan smart clamp.  Kaedah ini menggunakan alat yang dipanggil cautery yang digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah. Ramai orang ingat kaedah ini guna laser. Sebenarnya bukan laser tapi hujung cautery itu yang menghasilkan haba. Jika nak tahu lebih lanjut terutama sekali tetang kelebihan dan kekurangan kaedah konvensional dan terkini (clamp), blog Dr Azwan ada penerangan yang lebih terperinci: drazwan.blogspot.com  .
Cautery – alat yg digunakan untuk berkhatan cara konvensional dan sedikit update.
Bagi mereka yang tiada pengalaman mengkhatankan anak, di sini saya akan berkongsi sedikit pengalaman dan tip-tip yang diperolehi dari kawan2, saudara mara dan diri sendiri:
SEBELUM BERKHATAN
  1. Dari awal tahun lagi saya dan suami sudah pun memberitahu anak lelaki kami akan rancangan untuk mengkhatankannya. Biarlah dia menghadapinya dengan keadaan yang bersedia. Memang pada mulanya dia takut dan tak mahu melakukannya. Tetapi penjelasan kami tentang fadilat berkhatan, hukum dari segi agama, kesannya terhadap kesihatan… alhamdulillah akhirnya dia bersetuju dan rela. Proses ini memakan masa berbulan, ya berbulan untuk menanamkan rasa yakin dan berani di dalam diri anak ini. Dengan usaha ini akhirnya kami tidak perlu menyogoknya dengan hadiah2 seperti PSP (2-3 tahun lalu PSP antara kegilaan kanak2 seumurnya. Sekarang dah habis musim) dan seumpamanya atau reward material yang lain-lain.Sooner or later he has to do it, better do it now than older kan… lg malu nanti dah besar2 baru nak sunat :) (antara kata2 yang saya guna hihi… – termakan juga akhirnya anakku).
  2. Sebelum bersunat, raikanlah anak dengan menjamunya makanan kegemaran sebab lepas sunat saya memang memantau makanan yang diambil. Kira amalan berpantanglah walaupun kalau tanya sesetengah doktor tidak perlu berpantang. Pendekatan saya: berpantang pun bukanlah susah sangat. Sebelum mengalami gatal2, bernanah atau luka yang tak kering2 lebih baik saya ambil langkah berjaga2 dengan berpantang.
  3. Raikan juga anak itu dengan membawanya ke tempat2 rekreasi kesukaannya / berenang. Lepas sunat nanti tak boleh aktif sangat kalau nak cepat baik.
  4. Barang2 yang perlu dibawa ketika pergi berkhatan: tuala kecil / sapu tangan, kain pelikat. Kalau tak nak pakai kain pun boleh, guna cawan kertas large size (buang bahagian dasar cawan untuk pengudaraan) / mangkuk pakai buang ditangkupkan pada alat sulit, lepas tu pakai seluar macam biasa.
SEMASA BERKHATAN
  1. Untuk kaedah konvensional, saat yg paling sakit ialah waktu dibiuskan. Berikan sapu tangan / tuala kecil untuk anak gigit semasa berkhatan ketika bius dilakukan. Ini adalah agar anak itu tidak menjerit sehendaknya yang mana ini akan melemahkan semangat kawan2 yang sedang menunggu giliran selepasnya. Cara ini juga membolehkan anak itu mengawal / menahan kesakitan yang dialaminya. Biasanya lepas bius dah ok, tak sakit lagi… boleh sembang2 dengan doktor sambil doktor buat kerja.
SELEPAS BERKHATAN
  1. Berpantang dari segi pemakanan. Ada banyak pendapat sebenarnya mengenai berpantang. Terpulang kepada anda. Kalau ikut doktor, tak perlu berpantang pun. Personally, saya lebih suka ambil langkah berjaga2. Sepanjang tempoh luka masih belum kering, saya tak bagi anak saya makan seafood, ayam dan ikan yang boleh membuatkan gatal (eg. kembung) dan juga ikan yang berbisa (eg. mayong, sembilang dan pari). Kalau kes biasa, luka ambil masa lebih kurang seminggu untuk kering (bagi yang cepat ada juga lepas 3 hari dah ok). Jadi, bukanlah sengsara sangat untuk berpantang kan? Saya paling takut kalau luka jadi gatal, bernanah atau lambat kering… lagi parah. Ada juga orang pesan jangan minum air banyak2 sangat. nanti lambat baik. Wallahualam… saya tak pasti kesahihannya. Anak saya minum macam biasa, sederhana sahaja. Takut juga kalau tahan2 sangat minum nanti kencing tak lawas, sakit pula bila nak buang air kecil.
  2. Berpantang dari segi aktiviti lasak. Ada sesetengah budak lepas 3 hari dah baik katanya, boleh berlari bagai. Tetapi berjaga2 lah juga ya… jangan eksen sangat. Ada juga kes yang lepas 3 hari nampak dah ok, terus pergi jalan2 ke zoo la, beriadah la, berenang la.. lepas tu bentan pula dan luka berdarah kembali. Seelok2nya bagi la lebihan hari untuk berehat. Buat aktiviti yang santai2 sahaja.
  3. Cara2 mencuci saya rujuk kepada artikel tulisan Dr Azwan di blognya: “sewaktu kencing, tekan tisu di sekeliling agar kemaluan itu sedikit terkeluar. Lepas itu cuci sahaja dengan air bersih dan lap kering-kering” (tajuk artikel: Berkhatan Untuk Kanak-kanak Obes) .
  4. Cara suami saya memakaikan kain untuk anak saya agar tangan tidak perlu sentiasa memegang kain. Mudah untuk bergerak dan duduk sambil tangan bebas melakukan apa jua kerja. Tak ada la asik berbaring aje macam budak2 zaman dulu. Yang bagusnya, ia menghasilkan pengudaraan yang baik. Bahan2 yang diperlukan: penyangkut baju bentuk no 8, tali pinggang & kain pelikat.
  5. Bengkok kan hanger ikut bentuk badan dan masukkan tali pinggang.
    Pakaikan hanger di bahagian badan menggunakan tali pinggang.
    Sarung kain pelikat dan ikat macam biasa. Tadaaa!! Dah siap… boleh pegang ipad dengan selesa :)
    6. Untuk waktu tidur / berbaring pula, kami guna cara ini. Kalau rumah moden sekarang siling tinggi, pasti susah nak sangkut tali buat ikat kain. Bahan2 yang diperlukan: Play Gym Baby bentuk segitiga di hujung & selimut.
    Letakkan selimut di atas Play Gym Baby. Anak yang bersunat tu tak perlu pakai apa2 di dalam selimut. Pengudaraan yang baik amat perlu untuk luka cepat sembuh.
    Jika tidak ada Baby Gym, boleh juga guna tripod kamera untuk gantikannya :). Guna tali untuk ikat kain pada batang tripodyang ditengah2.
    NOTA TAMBAHAN:
  1. Sepanjang tempoh anak saya berkhatan suami saya yang menjaganya. Biar le dia orang… hal2 orang lelaki kan. Inilah waktunya untuk mengeratkan lagi hubungan ayah dan anak (father-son bonding time).
  2. Pengudaraan yang baik penting untuk luka cepat kering. Oleh sebab ini anak saya memang pakai kain sepanjang tempoh pemulihan. Waktu tidur memang lebih terbuka dengan cara yang digunakan di atas.

Tuesday, November 25, 2014

Resepi kepak ayam madu

Assalamualaikum


Dah lama betul tak kongsi resepi di blog ni. Sejak balik dari Jepun, jarang-jarang masak special. Semuanya sebab berada di Malaysia. Senang nak makan dan senang nak cari makanan yang sedap dan special. Kalau di Jepun semua kena masak sendiri.

Tapi minggu lepas rasa nak makan ayam madu. Aiman memang suka ayam madu. Kalau bulan Ramadhan Aiman mesti nak makan nasi ayam dengan ayanm madu. Jadi minggu lepas saya beli kepak ayam, nak cuba masak ayam madu panggang.

Alhamdulillah sambutan dari anak-anak memang menggalakkan terutama Aiman. ayam ni saya makan dengan nasi ayam. Memang sedap. Ratah dan cicah sos lagi sedap. Jom tengok resepi yang senang ni.

Resepi kepak ayam madu
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan
  • Kepak ayam- 6 ketul
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2" halia
  • 4 sudu besar madu
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos tiram
  • sedikit kicap mee
  • stok ayam
  • garam

 * bahan-bahan

 * kepak ayam yang telak dibersihkan

Cara penyediaan
  1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat
  2. Campurkan kesemua bahan dan gaulkan bersama kepak ayam tadi
  3. Perap sekurang-kurangnya sejam. Saya perap dari pagi ke petang.
  4. Panggang dalam oven dengan kepanasan 180 darjah selsius selama sejam mengikut oven masing-masing.





* kepak ayam madu panggang dah siap


Tuesday, November 18, 2014

Family trip to Felda Residence Hot Spring Sungai Klah bhg 2

Assalamualaikum

 * Hot Spring Sungai Klah 2014

 * Hot Spring Sungai Klah 2010

Hehehe..nampak tak perbezaan 2 gambar di atas tu. Dalam masa 4 tahun banyak betul perubahan yang berlaku. Yang paling ketara pertambahan ahli keluarga. Dalam masa 4 tahun Atuk dan Wan dapat 2 orang menantu dan 3 orang cucu :).

Percutian kami kali ini lebih meriah. Bukan hanya disebabkan bertambahnya ahli keluarga tapi kami adik beradik membahagi-bahagikan tugas supaya percutian lebih terancang. Saya dan Cik Abang incharge makanan, Kak Long booking villa, Pak Lang dan Mak Lang dipertanggungjawabkan untuk merancang aktiviti. Sementara Acu dan Pak Cu AJK logistik.

Alhamdulillah semua orang mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah dirancang oleh Mak Lang dan Pak Lang. Selepas sarapan, giliran anak-anak dalam pertandinganmewarna. Semua anak-anak kena masuk peraduan ni tak kira besar atau kecik.




Kemudian semua kena turun ke laman villa untuk senamrobik. Mak Lang yang kena conduct senamrobik tu. Semua orang dikehendaki pakai baju kelabu yang Wan beli. Ni kira baju tema untuk percutian kali  ni. Terima kasih Wan sebab sponsor baju untuk percutian kali ni.





Lepas senamrobik barulah aktiviti yang ditunggu-tunggu...mandi kolam. Kat sini ada 2 kolam utama yang besar. Satu yang ada gelongsor ang sesuai untuk kanak-kanak dan satu lagi kolam air panas.









* Atuk sedang ber-refleksologi

* budak kelaparan selepas mandi


*merendam kaki dalam air panas 30 C


Dah penat main dan mandi kolam, perut pun mula lapar. Balik villa semua ke dapur cari makanan. Anak-anak pula sambung mandi di jakuzi. Ada yang makan dipinggir jakuzi. Sayang nak lepaskan peluang mandi. Lepas mandi dan makan semua ketiduran sebab keletihan.

Sementara semua orang tidur, saya dan Cik Abang keluar jalan-jalan sekitar. Sempatlah ambik beberapa keping gambar. Boleh jugak dijadikan rujukan nanti. Gambar-gambar dibawah ni adalah aktiviti tambahan yang terdapat di sini. Bolehlah cuba nanti!.




Lepas makan petang barulah  Mak Lang teruskan dengan aktiviti petang pulak. Kali ni aktiviti untuk keluarga. kami dipecah-pecahkan kepada 4 kumpulan. Along dan Angah terpaksa bergabung dengan kumpulan atuk dan Acu sebab mereka tidak cukup ahli.

* Ini kumpulan kami - "Terlajak larisss"

Petang tu seorang dari setiap kumpulan dipanggil dan mencabut undi. Cuba sampaikan apa yang tertulis di kertas tadi dengan melukis kemudian ahli kumpulan akan menjawab. Permainan ni memang seronok sebab kami semua tak pandai melukis. Jadi macam-macam jawapan yang diberikan sampai riuh rendah rumah dengan hilai tawa kami.

* Pak Cu - "Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan"

Lepas makan malam, satu lagi game diaturkan. Kali ni lebih kepada suami isteri. "I know my family" - itulah nama game ni. Suami isteri yang ideal mestilah boleh menjawab setiap soalan tentang pasangan masing-masing. Contohnya: Dimanakah / Namakan tempat yang pasangan anda paling nak pergi?. Itulah soalan yang diajukan kepada Atuk tentang Wan. Nasib baik dapat jawab. Maknanya Atuk memang ambil berat dan prihatin tentang Wan.

* Kumpulan Kak Long dan Abang Farid

* Alhamdulillah, kumpulan kami yang menang..yeayy

Pagi esoknya sebelum balik kami nak mandi kolam lagi 1 round. Sebelum tu nak pergi merebus telur dulu. Masa pergi 4 tahun lepas kami tak sempat nak merebus telur ni. Lagipun masa tu tempat merebus telur ni kotong dan berbau busuk. Tak lalu pulak nak makan. Sekarang mereka dah upgrade sikit tempat ni.

1 bekas dengan 6 biji telur, kicap masin, 2 biji mangkuk dan sudu dijual dengan harga RM5. Oklah tu kan. 

* Memang menjadi kalau ikut masa ni betul-betul

*hati-hati, air panas mendidih

: telur 3/4 masak sempurna selepas 4 minit



: muka Adib yang bosan. Tak sabar nak pergi mandi

* Yeayy..sukanya dapat mandi

* Zuhair pun suka walaupun airnya sejuk sikit 

Alhamdulillah tamat percutian kami selama 3 hari 2 malam. Boleh dikatakan percutian yang berjaya kerana kami semua puas hati dan ikatan kekeluargaan makin erat. Mungkin juga disebabkan kami merancang aktiviti bersama dan juga disebabkan oleh tiadanya line internet. 

Cuba bayangkan kalau terdapat wifi, mesti setia orang sibuk dengan gajet masing-masing dan mesti malas nak terlibat dengan aktiviti yang telah diatur. Kalau tak ada aktiviti pulak mesti semua orang kebosanan dan penyelesaiannya adalah tidur.




Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015