Thursday, September 18, 2014

Japanese Cotton - clearance sale

Assalamualaikum

Original Japanese Cotton yang saya bawa bersama dari Jepun. Kali ni saya nak jual murah-murah je. Jadi janganlah segan nak bertanya. Boleh e-mail ( noriatisaud@gmail.com ) atau wasapp saya di 019-6832397. Boleh juga  melawat page From Japan With Love di https://www.facebook.com/Frm.Jpn.With.Love/timeline

Kod: JC01
4m : 100% cotton

status: SOLD

Kod: JC02
4m : 100% cotton

status: Available

Kod: JC03
4m : 100% cotton

status: Available

Kod: JC04
4m : 100% cotton

status: SOLD

Kod: JC05
4m : 100% cotton

status: Available

Kod: JC06
4m : 100% cotton

status: Available

Kod: JC07
4m : 100% cotton

status: Available

Kod: JC08
4m : 100% cotton

status: Available

Kod: JC09
4m : 100% cotton

status: Available

Kod: JC10
2m : 100% cotton

status: Available

Kod: JC11
4m : 100% cotton

status: SOLD

Kod: JC12
4m : 100% cotton

status: Available

Kod: JC13
4m : 100% cotton

status: Available

Kod: JC14
4m : 100% cotton

status: SOLD

Kod: JC15
4m : 100% cotton

status: Available


*********************************************************************************

Dapatkan sekarang set combo 30ml + 100ml serum dengan harga istimewa sempena sambutan kemerdekaan ke 57.

Combo : MRS 30ml + Serum
Harga asal rm 79.80
Promo Merdeka RM 70
Jimat RM 9.80
Tarikh promo : 25 Ogos - 30 Sept 2014

Jangan segan, jangan malu boleh sms/wasapp  019-6832397, Noriati walaupun sekadar untuk bertanya.


Wednesday, September 17, 2014

Resepi nasi ayam mudah

Assalamualaikum


Rasanya semua orang suka nasi ayam. Selain rasanya yang sedap, nak masak nasi ayam ni senang. Kalau kita google resepi nasi ayam, macam-macam cara nak masaknya. Ada yang rumit dan ada yang simple. Terpulang kepada kita nak pilih resepi yang macam mana. Yang penting sesuai dengan selera kita dan juga ahli keluarga yang lain.

Saya pula semestinya memilih resepi dan cara masak yang senang, asalkan rasanya yang sedap. Resepi ni saya belajar dari mak mertua saya. Alhamdulillah resepi ni memang sesuai dengan selera suami dan anak-anak. Kalau saya masak nasi biasa 2 pot sekali makan, bila masak nasi ayam mesti nak kena masak lebih. Aiman dan Akmal akan makan bertambah-tambah.

Resepi nasi ayam mudah
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan (untuk nasi)

Beras - basuh dan rendam sebentar, kemudian tos
Ayam - saya gunakan 3 whole leg
1/4 labu bawang besar - dimayang
4 ulas bawang putih - dimayang
2 inci halia - hiris nipis
1 kiub ayam
1 sudu marjerin
Pewarna kuning
garam

Cara-cara :
  1. Rebus ayam. Masukkan bawang putih, bawang besar, halia dan kiub ayam
  2. Masukkan garam dan biarkan sehingga ayam 3/4 masak
  3. Bila ayam dah siap, keluarkan ayam dari periuk. Asingkan air rebusan 
  4. Masukkan beras yang telah ditos ke dalam rice cooker
  5. Masukkan 1 sudu marjerin dan beberapa titik pewarna kuning.
  6. Kemudian masukkan air rebusan mengikut sukatan beras yang dimasak
  7. Masak nasi seperti biasa
Cara-cara penyediaan sup
  1. Air rebusan ayam yang lebih tu bolehlah dijadikan sup.
  2. Tambahkan kulit kayu manis dan bunga lawang.
  3. Perisakan garam secukupnya dan tabur dengan daun sup
Cara-cara penyediaan ayam
  1. Lumurkan kicap manis dan minyak bijan kepada ayam yang direbus tadi
  2. Perap sebentar
  3. Goreng tenggelam
  4. Pastikan ayam digoreng sebentar saja sebab ayam tu dah masak
  5. Angkat, tos dan bolehlah dipotong-potong kecil
Cara-cara penyediaan kuah kicap
  1. Air kicap lebihan perapan ayam tadi
  2. Masak bersama seulas bawang putih dan bebrapa biji cili padi
  3. Biarkan mendidih
Cara-cara penyediaan sambal
  1. Kisar 2 biji cili besar dan 2 ulas bawang putih
  2. Masak bersama sedikit air rebusan ayam tadi dan sedikit sos cili thai
  3. Perisakan dengan garam, gula dan cuka

Ok, semua dah siap. Sekarang bolehlah dihidangkan dengan timun, tomato dan salad. Semalam masa saya masak nasi ayam ni, hanya timun je yang ada. Lagipun anak-anak bukan dan makan semua sayur dan ulam-ulam ni. Jadi saya masak simple je. Macam tak cukup syarat kan!




*********************************************************************************

Dapatkan sekarang set combo 30ml + 100ml serum dengan harga istimewa sempena sambutan kemerdekaan ke 57.

Combo : MRS 30ml + Serum
Harga asal rm 79.80
Promo Merdeka RM 70
Jimat RM 9.80
Tarikh promo : 25 Ogos - 30 Sept 2014

Jangan segan, jangan malu boleh sms/wasapp  019-6832397, Noriati walaupun sekadar untuk bertanya.


Monday, September 15, 2014

MRS - testimoni

Assalamualaikum


Alhamdulillah cuti sekolah sudah bermula. Mesti para ibu sedikit sibuk menguruskan anak-anak di rumah. Anak-anak pula seronoklah dapat bercitu seminggu. Bolehlah mereka merehatkan minda.

Hari ni saya ingin kongsikan beberapa kebaikan MRS. Itupun hasil perkongsian dari pengguna MRS yang membeli MRS dengan saya. Biasanya saya akan bertanyakan apakah kebaikan MRS yang mereka dapat. Alhamdulillah setkat ini pengguna MRS berpuas hati menggunakannya.

Saya tidak akan memaparkan nama-nama pengguna MRS kerana menghormati privacy mereka. Saya rasa cukuplah kita sekadar berkongsi pengalaman mereka menggunakan MRS.

Kebaikan 1 (merawat cagu)
Encik X selalu terkena cagu. Biasa terkena di ibu jari kaki. Kalau cagu menyerang, ibu jari kaki Encik X bengkak dan bernanah. Berjalan pun terhinjut-hinjut. Ambil masa berminggu-minggu untuk baik. 

Beliau kemudiannya menitikkan setitik MRS di cagu di satu malam. Berdenyut-denyut katanya seakan-akan sedang menarik semua bisa di kaki. Setelah menitikkan MRS selama 2 hingga 3 malam, cagu di ibu jari Encik X dah baik. 

Kebaikan 2 (Kurap)
Perut Encik A ditumbuhi kurap. Beliau selalu tergaru-garu kerana gatal sehingga merah dan pedih. Setelah beberapa kali menyapu MRS, kurap beransur baik. Tidak ada lagi kegatalan walaupun masih terdapat bekas kurap.

Kebaikan 3 (Tegang urat)
Pada suatu pagi, Pn M bangun tidur dengan tegang urat dibahagian betis. Beliau menyapu MRS dan urut sedikit ditempat tegang urat tadi. Setelah melakukan beberapa kali, ketegangan urat terus hilang.

Kebaikan 4 (gatal akibat chicken pox)
Kalau kita terkena chicken pox mesti gatalkan. Asyik nak garu-garu je. Apatah lagi anak-anak kecil. Anak Pn S yang terkena chicken pox selalu merengek-rengek sebab gatal. Pn S mencampurkan beberapa titik MRS dengan mandian anaknya. Alhamdulillah dengan izin Allah dapat mengurangkan kegatalan dan anak Pn S tidak lagi merengek seperti selalu.

In sya Allah saya akan berkongsi lagi kebaikan MRS di entri yang lain. Semoga semua mendapat manfaat darinya.


*********************************************************************************

Dapatkan sekarang set combo 30ml + 100ml serum dengan harga istimewa sempena sambutan kemerdekaan ke 57.

Combo : MRS 30ml + Serum
Harga asal rm 79.80
Promo Merdeka RM 70
Jimat RM 9.80
Tarikh promo : 25 Ogos - 30 Sept 2014

Jangan segan, jangan malu boleh sms/wasapp  019-6832397, Noriati walaupun sekadar untuk bertanya.



Thursday, September 11, 2014

Give away yang pertama

Assalamualaikum


Comel tak semua item ni? Semuanya dari Jepun tau! Ada fridge magnet, keychain, frame purse, pouch serta cermin kecil dan juga kipas tangan. Semua item kiut-miut ni saya akan beri secara percuma sebagai give away yang pertama page saya From Japan With Love.

Sebenarnya semua orang berpeluang memenangi barangan ini. Syarat-syaratnya ialah

1. Like page From Japan With Love.
2. Boleh juga share link ini atau post tentang give away di page 

Saya akan memilih 12 orang pemenang. Sebagai permulaan saya akan memilih 5 orang pemenang pada penghujung minggu ini. Setiap pemenang akan dipilih secara rawak. Give away ini akan tamat pada penghujung bulan September.

Terima kasih kepada yang sudah "Like" page From Japan With Love



Wednesday, September 10, 2014

Mandi-manda di Wet World Pedas

Assalamualaikum


Hari Sabtu lepas bawak anak-anak mandi-manda. Budak-budak ni memang suka main air. Memang berbaloi kalau bawak mereka ke tempat-tempat macam ni. Kadang-kadang tu sampai bermasam muka dan merajuk bila dipaksa balik. Sebenarnya dah lama plan dengan Cik Abang nak bawak mereka ni mandi di sini. Lagipun Wet World Pedas ni dekat je dengan rumah kami. Lebih kurang 18 km.

Harga tiket

 (Hari biasa)
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM8

Hari Cuti Sekolah/ Cuti Am
Dewasa: RM12
Kanak-kanak: RM10

Budak-budak kecik percuma laaa...

Di Pedas ni ada beberapa kolam yang berlainan. Kolam air panas pun ada. Sebab tu lah nama sebenar tempat ni ialah Wet World Resort Air Panas Pedas. Ada 2 kolam air panas. 

 * Yang ni kolam yang cetek. Sesuai untuk kanak-kanak. Ada 3 kolam berlainan kedalaman di sini

 * Boleh menyusuri terusan ni dengan menaiki floating tube, yang warna kuning hujung gambar tu

 * Kolam hujung tu pulak seakan laut yang mempunyai ombak dan kedalamannya bertambah dipenghujung kolam


 * terusan

* Salah satu kolam air panas. Di dalamnya terdapat batu-batu untuk refleksologi

Masa kami sampai tu belum ramai lagi pengunjung. Yelah kami suka datang awal-awal supaya anak-anak boleh mandi lebih lama dan belum panas. Selesa sikit. 

 * Adib mula-mula tu "malu-malu" je nak mandi

 * conquer tempat ni


 * turn abah yang jaga Adib

 * muka-muka ceria dapat berendam





Seronok melihat anak-anak bergembira bermain bersama-sama. Ibu dan Abah hanya sebagai pemerhati dari jauh sambil melayan Adib mandi di tempat yang cetek. 




* Gelungsur ni jugak yang menjadi kegemaran budak-budak ni. Macam-macam aksi mereka buat




Dah tengahari sikit barulah ibu pulak yang masuk kolam. Bestnya dapat mandi bila badan berpeluh-peluh. Masa ni dah tengahari dan orang pun dah beransur ramai.

 * Orang berselfie, kita pun nak berselfie jugak :P







Gelagat anak-anak yang sentiasa membuatkan hati ibu berbunga-bunga. Walaupun perangai mereka ni kadang-kadang membuat kepala ibu pening, tapi tanpa mereka walaupun seorang je yang kurang, hati ibu pulak sayu. Itulah seronoknya menjadi ibu.

Setelah berjam-jam berendam dan beberapa kali dipanggil naik barulah anak-anak bersetuju nak balik. Itu pun sebab perut dah lapar. Kalau tak, tak tahulah nak berhenti mandi pukul berapa. Sebelum balik solat zohor dulu.

Di sini memang tak ramai pengujung, lengang saja. Bagi sesiapa yang tak suka bersesak-sesak, Wet World Pedas ni memang sesuai. Kalau semata-mata nak mandi-manda, datang ke sini berbaloi. Sebab tu kami memang suka bawa anak-anak mandi di sini. Puas hati.








Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana diberi kesempatan untuk menggembirakan hati anak-anak. In sya Allah jika diberikan umur yang panjang boleh datang lagi.


*********************************************************************************
Dapatkan sekarang set combo 30ml + 100ml serum dengan harga istimewa sempena sambutan kemerdekaan ke 57.

Combo : MRS 30ml + Serum
Harga asal rm 79.80
Promo Merdeka RM 70
Jimat RM 9.80
Tarikh promo : 25 Ogos - 30 Sept 2014
Jangan segan, jangan malu boleh sms/wasapp  019-6832397, Noriati walaupun sekadar untuk bertanya.


Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015