Thursday, May 15, 2014

Resepi sup ayam berkrim dan roti bawang putih

Assalamualaikum


Kalau ke Pizza kat Malaysia tu sup cendawan dialah yang budak-budak ni suka. Dapat pula dicicah dengan roti bawang putih atau senang kita panggil garlic bread. Kadang-kadang bila pizza sampai diorang dah kenyang. 

Hari ni masa sarapan tadi saya masak lahsup ayam berkrim dengan garlic bread ni. Ermmm...semua kata rasa macam kat pizza. Ahamdulillah. Adib pulak hirup je sup tu. Habis comot mulut. Sebelum ni saya pernah buat sup ayam berkrim ni dan anak-anak cicah dengan donut. Tu yang repeat order tu.

Garlic bread tu saya guna roti biasa je. Saya guna roti Pasco macam kat bawah ni. Kat sini roti ni je yang boleh makan. Roti lain ada diletakkan lemak haiwan. Roti Pasco ni lembut lebih-lebih lagi kalau roti tu baru, tapi kalau esok lusa nak expired tu tepinya akan jadi keras. 


Resepi sup ayam berkrim
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

  • 1/4 bawang besar - dicincang
  • isi ayam -dicincang
  • 2 sudu marjerin
  • 400 ml susu segar
  • 2 sudu besar tepung gandum - jadikan pes dengan mencampurkan dengan air
  • saderi
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 biji kentang - potong dadu
  • garam
Cara penyediaan
  1. Panaskan periuk dan masukkan marjerin
  2. Tumis bawang besar hingga layu dan naik bau. Jangan sampai hangit pulak
  3. Masukkan isi ayam. 
  4. Masukkan susu, kiub ayam serta batang dan daun saderi
  5. Kemudian masukkan pes tepung gandum dan kentang 
  6. Masak sehingga pekat dan kentang empuk
  7. Perisakan dengan garam


Resepi roti bawang putih
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

  • 6 keping roti
  • 3 ulas bawang putih
  • marjerin/mentega
Cara penyediaan
  1. Panaskan oven
  2. Rebus bawang putih seketika kemudian lecek atau tumbuk
  3. Campurkan bersama dengan mentega
  4. Sapukan di atas roti. Potong roti kepada 3 bahagian supaya senang bila dimakan nanti
  5. Bakar pada suhu 15-0 darjah selama 10-15 minit bergantung kepada oven masing-masing


 *sedap...


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015