Wednesday, April 30, 2014

Jika bukan hak kita....

Assalamualaikum


Ainur Zahra atau biasanya kami panggil Kakak, adalah anak saudara saya sebelah suami. Kakak ni lah satu-satunya cucu perempuan yang Ramli dan Noor Zainah ada. Tujuh orang cucu lagi semuanya lelaki. Masa keluarga mertua datang ke Tokyo tempoh hari, Amni lah yang menjadi kawan Kakak kalau kami semua keluar berjalan-jalan sebab Aiman dan Akmal ke sekolah.

Sebelum kedatangan Mak, Abah dan Kak Long sekeluarga ke Tokyo hari tu, suami saya telah siap-siap belikan kad Suica kepada mereka. Kad Suica ni macan kad Touch n Go lah. Senang sikit nak naik bas dan keretapi. Nak beli air di vending machine, nak beli apa-apa pun di kedai serbanika pun boleh. Pendek kata macam-macam gunanya kad Suica ni. 

Untuk Kakak suami saya belikan bila mereka dah sampai ke Tokyo sebab passport (jika bukan rakyat Jepun) diperlukan untuk membeli kad kanak-kanak. Suami saya siap tempahkan nama sekali di kad tersebut supaya boleh dijadikan kenangan bila balik Malaysia nanti.

Sebenarnya hari ni bukan nak cerita tentang Kakak ni tapi tentang kad Suica Kakak. Nak dijadikan cerita pada hari Rabu malam di rumah Kakak beritahu yang kad Suica nya hilang. 

Mama : hilang  kat mana?
Kakak : hilang kat Pak Ngah beli buah tadi.
Mama : kenapa tak bagitau awal-awal masa hilang tu?
Kakak : Kakak takut Mama marah.

Rupanya kad dia jatuh masa kami di Shinagawa. Suami saya ada ke kedai membeli buah. Selepas itu kami semua balik ke rumah dengan teksi. Sebab itulah semua orang tidak perasan yang kad Kakak hilang. Suami saya menenangkan Kak Long supaya jangan marahkan Kakak. InsyaAllah kad itu akan dapat semula memandangkan di Jepun ni boleh dikatakan orangnya jujur.

Esoknya suami saya ke bahagian Lost n Found di Shinagawa. Kad tu tak ada. Kemudian ke supermarket tempat beli buah, pun tak ada jugak. Suami saya agak mungkin sudah diambil orang sebab kad tu boleh digunakan untuk membeli sesuatu. Lagipun banyak lagi baki duit dalam kad tu.

Selang beberapa hari selepas keluarga mertua saya sampai di Malaysia, suami saya mendapat panggilan dari Balai Polis Shinagawa yang mengatakan kad Suica Kakak ada di sana. Alhamdulillah, ruapnya ada yang menjumpai kad tersebut dan diserahkan ke balai polis.

Dipendekkkan cerita, sekarang kad Suica Kakak dah selamat ada bersama kami dan yang kagumnya duit dalam kad tersebut tidak luak sedikit pun. Masih ada 1000 yen. Satu jumlah yang agak banyak. 

"Jika barang itu bukan kita yang punya, kita tidak punya hak untuk meggunakannya. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memulangkan kepada yang empunya".

Itulah salah satu lagi sikap orang Jepun yang saya kagum. Orang bukan Islam yang lebih mementingkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. 

In sya Allah Malaysia pun boleh melakukannya. Ganbatte ne!

* Kad Suica Kakak

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Monday, April 28, 2014

Akmal Hamimi, 9 tahun

Assalamualaikum


26 April 2014,genaplah 9 tahun umur Akmal Hamimi atau lebih mesra dipanggil Angah . Bangun pagi Sabtu lepas muka Angah ceria je. Bila ibu dan abah wish "Happy Birthday", Angah peluk ibu dan abah sambil ucap terima kasih. Angah suka sangat 'birthday', tak kira siapa punya pun. Selalu menghitung hari kalau ada 'bitrhday' yang terdekat. Tak tahu kenapa. Padahal kami bukannya adakan parti atau bukan juga beri hadiah pun. Hanya makan kek bersama keluarga. Mungkin makan kek bersama keluarga dengan sebab 'birthday' tu dia rasa seronok kot.

Pernah tak anda semua dengar yang perangai anak kedua ni special dan pelik sikit?. Beberapa orang anak kedua yang saya kenal memang perangainya pelik sikit. Tapi something special tentang anak kedua ni ialah mereka independent. Macam Angah, walaupun perangainya selalu moody dan sedikit pemarah tapi dia independent dan suka menolong. Dia juga penyayang. Satu je perangai Angah yang saya tak suka dan harap dia boleh ubah ialah sikap suka ambil mudah dan sambil lewa.

* Angah sayang Adik

Angah satu-satunya anak saya yang dilahirkan berat iaitu 3.2 kg manakala yang lain semua bawah 3 kg. Angah cepat berjalan dan cepat bercakap berbanding dengan adik-beradik yang lain. "Angah fotogenik"' kata Acu. Memang betul, kalau dalam gambar, Angah nampak sweet je.

* Sejak kecik lagi dah pandai posing

Bagaimana dan siapa pun Angah, kami semua tetap sayang dan berdoa yang terbaik buat Angah. Sebagai ibubapa, kami nak yang terbaik untuk anak-anak. Semoga Akmal Hamimi aka Angah berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.

* Kami semua sayang Angah

"HAPPY BIRTHDAY 9th, ANGAH"


Saturday, April 26, 2014

Jalan-jalan @ Tokyo Dome

Asslamualaikum

20 April 2014

Biasanya setiap Sabtu kami akan keluar. Samada membeli belah atau saja-saja berjalan dan Ahad duduk je di rumah, berehat. Siapkan pakaian untuk anak-anak sekolah dan juga suami kerja esoknya. Tapi sepanjang minggu lepas asyik berjalan je masa Mak dan Abah datang, semalam (Sabtu) berehat jedi rumah. Penat sangat. Sakit-sakit badan dan kepala. Alhamdulillah hari ni dan ok. Jadi hari ni keluar hari Ahad, kira macam qada' la.

Saja suami ajak kami semua ke Tokyo Dome. Tujuan asalnya nak beli baju pasukan Yomiuri Giants. Pasukan baseball yang suami minat. Dengan tak semena-mena saya dan anak-anak pun minta baseball lebih-lebih lagi Aiman. Mana taknya bila musim perlawanan baseball bermula iaitu pada bulan Mac sehingga September, boleh dikatakan hari-hari menonton baseball di tv. Saya yang tak reti tengok pada awalnya, setelah hampir 3 tahun tengok, sekarang dah faham walaupun tak 100%.

Sebelum Tokyo Dome, suami belanja kami minum kopi dulu di Starbuck. Saja nak bagi anak-anak happy. Dah lama juga tak bawa anak-anak berjalan. Biasanya hujung minggu mereka bertiga tu menjadi penunggu rumah yang setia. Mereka lebih suka bermain game di rumah dari ikut ibu dan abah keluar.








Kebetulan masa kami sampai di Tokyo Dome tu orang ramai, sebab masa tu ada perlawanan. Orang ramai berpusu-pusu. Orang Jepun ni memang tak berkira dengan duit kalau mereka minat sesuatu. Harga tiket ke perlawanan baseball ni mahal. Suami pernah ke stadium menyaksikan perlawanan Giants ni bersama Aiman. Kalau tak silap saya harga tiket mencecah RM100 seorang. Tu pun duduk jauh dibahagian atas. Nampak pemain kecik je. Baik tengok tv di rumah, dahlah boleh tengok peman favourite kita dengan dekat, siap boleh tengok replay lagi...hehehe

Kami terus pergi ke kedai menjual barangan Giants. Anak-anak semua dah siap sedia nak cari  baju dengan nama pemain favourite masing-masing.Ibu dan abah punya pun ada jugak :).

* "ok abah, dah oleh bayar sekarang"


* semua dah dapat bahagian masing-masing

*terus melaram dengan baju baru

* comelnya anak-anak ibu ni..


Dah dapat baju sehelai seorang, abah bawa pulak ke tempat game. Sukalah budak-budak ni. Abah bagi 500 yen seorang je. Mainlah apa-apa pun.




*pop corn untuk mengalas perut


Bila tiba masa nak balik, Adib buat perangai. Masih nak main tapi tak tahu nak main apa. Meraung-raung. Tak pernah pula dia berperangai macam tu. Bila dokong meronta-ronta. Bila letak dia nonong je jalan ke tempat game tu. Menjadi tumpuan pulak petang tu. Glamour kejap. Rupa-rupanya nak tidur. Sekali sekala buat perangai pelik macam tu, pening kepala abah nak handle.

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Friday, April 25, 2014

Mak & Abah @ Tokyo : Hari terakhir di Tokyo

Assalamualaikum

18 April 2014

Mengikut perancangan awal, kami semua akan ke Yoyogi Koen hari ni. Aiman dan Akmal pun dah minta cuti dengan cikgu masing-masing. Sebelum Atuk balik, cucu-cucu semua nak main sepuasnya dengan Atuk. Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Pagi tu hujan pulak. Macam mana nak pergi berkelah di taman. Terpaksalah  batal rancangan ke taman tapi rancangan ke Daiso 4 tingkat di Harajuku diteruskan. Cucu-cucu ditinggalkan bersama dengan Atuk mereka di rumah. Baru senang sikit nak shopping..:)


* Takashita dori

* yeay dah sampai Daiso (100 yen shop)

Lepas solat maghrib, kami semua bertolak ke Haneda Airport. Dari rumah ambil teksi ke Shinagawa Eki. Kemudian ke Haneda Airport dengan keretapi. Sekejap je. Tak sampai 1/2 jam dah sampai. Kami sampai awal sikit dan kaunter untuk check in pun belum buka. 








Lebih kurang pukul 10 malam mereka semua masuk ke balai berlepas. Kami pun balik untuk berehat. Kepala dan badan rasa macam tak pijak tanah je. Penat sangat kot. Seminggu berjalan, bangun pagi dan tidur lambat. Nasib baik esok Sabtu, bolehlah tidur lebih sikit.

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Thursday, April 24, 2014

Mak & Abah @ Tokyo : Asakusa dan Tokyo Sky Tree

Assalamualaikum

17 April 2014

Hari ke-lima mereka berada di Tokyo. Sejak semalam Abah tak sihat. Hari ni dia dah tak larat nak berjalan lagi. Terpaksalah dia tinggal di rumah seorang diri. Berehat. Tunggulah Aiman dan Akmal baik sekolah pukul 3.30 petang.

Hari ni kami bawa mereka ke Asakusa. Kalau nak beli cenderamata seperti T-shirt, fridge magnet, beg-beg Jepun dan macam-macam lagi bolehlah ke sini.

* Di depan Kaminarimon

* Terjumpa pulak senbe Halal

* Nakamise Street



* Antara cenderamata yang dijual

* "Pilih Mak, jangan tak pilih"


*Sakura lagi..bestnya Zuhair dan Adib tidur



Dah penat berjalan, poket pun dah rabak. Perut pula minta diisi. Kali ni pekena kebab pulak. Saya, Mak, Amni dan kakak Zahra makan kebab dengan roti pita, yang lain makan nasi kebab. Alhamdulillah, kenyang dan sedap. Bolehlah meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Tokyo Sky Tree.





Dari Asakusa ke Sky Tree hanya satu stesen je dengan Tobu Line. Dekat je.

* Dah lama tak manja dengan Mak..hehehe

* Sebelum naik, bergambar dulu

Hanya Kak Long dan family yang naik Sky Tree. Kami dah pernah naik. Lagipun Mak memang gayat tempat tinggi, jadi kami tunggu di bawah saja. Kesian Abah tak dapat naik Sky Tree. Dari hari ke Tokyo Tower tu dia kata nak naik Tokyo Sky Tree tapi  memang tak ada rezeki Abah. Demam pula hari ni. Sambil menuggu sempatlah kami jalan-jalan sambil cuci mata kat Solamachi tu.

* Sama tak muka anak-beranak ni?

*Jumpa kedai Giants, beli satu topi untuk Aiman


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015