Friday, March 21, 2014

Resepi: Ayam Percik Kelantan

Assalamualaikum


Bila waktu petang mula lah berfikir-fikir nak masak apa untuk makan malam. Kadang-kadang tu memang buntu. Akhirnya masak je yang senang-senang dan selalu masak.  Kesian juga bila tengok anak-anak dan suami makan lauk yang diulang-ulang.

Petang semalam sebelum masuk dapur sempatlah saya menggodek-godek Google mencari resepi berasaskan ayam. Kena sesuaikan pula dengan bahan-bahan yang sedia ada di dapur. Maka terjumpalah resepi ayam percik Kelantan ni. Saya memilih resepi ni sebab tak pernah masak sebelum ni dan ianya tidak pedas. Jadi semua orang dalam rumah ni boleh makan.

Resepi ni ada banyak versi dan cara masaknya. Saya jumpa macam-macam cara tetapi bahan-bahannya hampir sama. Saya telah memilih resepi dari blog Hana's Family di SINI. Cara masaknya senang. Saya memang suka kalau masak yang senang-senang ni. Jom kita tengok resepi.


Bahan-bahan

4  ketul "whole leg"  ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam keping
sedikit bancuhan tepung jagung( untuk segera pekatkan kuah-tapi lebih sedap kuah pekat sendiri tanpa bantuan tepung jagung)
Garam secukupnya
Sedikit gula( kuah ni manis sedikit aje)

Bahan dikisar2 inci halia
4 batang serai-dihiris halus baru dikisar.(kalau dititik pun boleh)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih.

Bahan untuk rebusan ayam
3 ulas bawang putih-dititik
1 inci halia- dihiris2
Sedikit garam
1 keping asam keping.
Air secukupnya.

Cara penyediaan
  • Ayam direbus separuh masak dengan bahan2 rebusan dan toskan
  • Dalam kuali, masak santan, bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih.
  • Sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul-ketul.
  • Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau sehingga kuah pekat. ( Untuk cepat memekatkan kuah, masukkan sedikit bancuhan jagung.)
  • Apabila sudah cantik kuahnya( berkilat sikit) angkat dan ketepikan.

Cara Bakar

  • Ayam yang direbus separuh masak dibakar dengan api yang sederhana. Saya membakar menggunakan pemanggang ajaib.
  • Balik-balikkan ayam dan lumur ayam dengan kuah percik tadi sehingga ayam masak dan mesra dengan kuah tadi.
  • Apabila menghidang, tuangkan sebahagian kuah ke atas ayam bakar tadi. Siap untuk dimakan.

Biasalah kalau masak resepi baru, saya akan dapatkan feedback dari ahli keluarga. Seperti biasa Aiman akan menyukai resepi berasaskan ayam dan resepi baru. Bertambah-tambah dia makan. Siap cadang supaya saya buka restoran sebab bagi dia masakan saya semua sedap (hehehe..itu kata Aiman tau, bukan saya :p). Tapi lain pula dengan suami saya. Dia kurang menggemarinya sebab banyak sangat santan. Yelah resepi ni memang menggunakan santan pekat. Saya pun kurang gemar sebab tidak pedas. Bagi Akmal dan Amni pula, mereka makan je apa yang saya masak. Mereka berdua ni tak boleh nak dijadikan kayu pengukur pun.

Kesimpulannya, resepi ini bukan kegemaran keluarga saya. Mungkin boleh masak sekali sekala. Bukan lah saya katakan ayam percik ni tidak sedap tapi tidak kena dengan selera kami saja. Mungkin lain kali saya nak cuba yang versi pedas pula. Nanti saya kongsikan ye jika saya masak ayam percik lagi. 

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015