Friday, February 28, 2014

Mari Belajar Bahasa Jepun: Tarikh

Assalamualaikum

   
Konnichiwa minna!

Bertemu kembali dalam kelas Bahasa Jepun.. (perasan jadi cikgu bahasalah pulak :p ). Sebelum ni kita sudah belajar tentang "hari". Hari ini kita sambung dengan minggu, bulan dan tahun. Barulah lengkap kalau kita nak sebut tarikh. Di Jepun cara tulis tarikh lain sikit dari Malaysia. 
Kalau kita di Malaysia kita tulis hari->bulan->tahun tapi di Jepun tahun->bulan->hari

Contoh:  26年 2月 28日 ; mengikut kalendar Jepun, tahun ini tahun 26

tahun - nen
bulan - gatsu
minggu- shu
hari-nichi

Contoh:  Hari ini 28 Februari 2014
              Kyo wa ni sen ju-yong nen  ni-gatsu ni-ju-hachi nichi desu

                            Last          This                Next
Day (Hari)            Kino           Kyo               Ashta
Week (Minggu)    Senshu      Konshu         Raishu
Month (Bulan)     Sengatsu    Kongetsu      Raigetsu
Year (Tahun)      Kyonen       Kotoshi         Rainen

Untuk belajar nombor boleh rujuk entri sebelum ni  di SINI

Oklah jumpa lagi.
"Ja, mata ne!"



Thursday, February 27, 2014

Resepi bubur pulut hitam menggunakan pressure cooker

Assalamualaikum


Bubur pulut hitam ni memang ramai peminat di rumah ni berbanding dengan bubur-bubur yang lain. Kalau bulan puasa dah jadi kewajipan saya masak bubur pulut hitam ni. Aiman memang cukup suka bubur ni. Kalau bubur kacang dia tak makan.

Pulut hitam ni dah lama saya beli. Masa saya balik tahun lepas..hehehe. Asyik menangguh je. Nasib baik belum expired. Hari minggu lepas nekad nak masak. Saya masak menggunakan pressure cooker, jadi tak perlulah masak lama sangat. Hanya 30 minit diperlukan. Beras pulut tu pun lembut dan cantik je kembang. 

Resepi bubur pulut hitam
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

300g beras pulut hitam
sekeping gula melaka 
3/4 cawan gula - boleh lebih atau kurang mengikut selera
2 paket santan serbuk (50g/pek)
1 sb garam
1/2 sb tepung jagung

Cara penyediaan
  1. Basuh dan masukkan beras pulut hitam dan air ke dalam periuk tekanan
  2. Rebus dengan tekanan tinggi selama 30 minit
  3. Kemudian masukkan gula melaka dan gula. Masak sehingga gula hancur
  4. Campurkan santan serbuk dengan tepung jagung dan tambahkan sedikit air supaya menjadi pes.
  5. Masukkan campuran santan tadi ke dalam periuk 
  6. Perisakan dengan garam
  7. Siap. Bolehlah dihidang panas atau sejuk


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Wednesday, February 26, 2014

Origami

Assalamualaikum


Cantik tak origami ni? Hasil usaha ibu dan Adib pagi tadi. Pagi tadi kami ke Honmura Youchien, menghadirkan diri ke "Kurisu Kurabu" (Kurisu Club) iaitu kelab untuk kanak-kanak 5 tahun ke bawah. Kelab ini diadakan setiap hari Rabu dari pukul 9 - 11.30 pagi. Sepanjang 2 jam setengah ni kanak-kanak bolehlah bermain dengan pelbagai maianan yang disediakan. Disamping itu setiap minggu tu mesti ada satu aktiviti melibatkan kreativiti kanak-kanak. Jadi hari ni, kanak-kanak diajar origami ni. Pssst..sebenarnya ibu-ibu yang lebih-lebih belajar. Anak-anak tak layan pun. 

Origami- gabungan dari perkataan ori (lipat) dan kami (kertas), merupakan satu teknik lipatan kertas yang begitu sinonim dengan negara Jepun. Memang seronok buat origami ni lebih-lebih lagi kalau dapat membuatnya bersama-sama dengan anak-anak.

 *Kertas origami dengan saiz 15cm x 15cm

*Koleksi buku origami anak-anak

Teruja membuat origami pagi tadi, saya rasa ingin berkongsi ilmu ni dengan pembaca semua. Cara membuatnya pun tidak susah. Memang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Kita memerlukan 2 helai kertas origami iaitu sehelai bersaiz 15cm x 15cm dan sehelai lagi bersaiz 7.5 cm x 7.5cm (warna hitam)

 1. Sediakan kertas seperti diatas. Kertas kecil hitam tu bahagian belakangnya berwarna putih

 2. Ambil kertas yang besar. Lipat bucu bertemu bucu menjadi segitiga seperti di atas. Buka semula lipatan.

3. Bawa satu bucu ke tengah, iaitu ke bahagian yang ada garisan lipatan tadi

 4. Lipat satu bahagian lagi seperti sebelumnya

 5. Kemudian lipat pula bahagian segitiga di bahagian atas tadi ke dalam

 6. Kemudian lipat pula bahagian yang runcing ke atas, lebih kurang 2/3 segitiga

 7. Akhir sekali, lipat kedua-dua segi tiga kiri dan kanan ke dalam. Haaa..dah siap untuk bahagian badan

 8. Sekarang ambil pula kertas yang berwarna hitam. Cara yang sama juga iaitu lipat dari bucu ke bucu dan buka semula lipatan

 9. Bawa bucu ke grisan di tengah. Ulangi untuk bucu seterusnya

 10. Terbalikkan. Lipat segitiga dibahagian atas ke bawah

 11. Kelepetkan sedikit bucu-bucu yang berwarna putih tu ke belakang

 12. Akhir sekali lipat bahagian hitam yang panjang ke belakang (lebih kurang 1/2) kemudian lipat lagi sekali ke atas. Jaaaang...dah nampak bentuk muka kan. Sekarang bolehlah lukis mata, hidung dan mulut cantik-cantik

 13. Dah siap badan dan kepala origami kita

14. Bolehlah dicantumkan kepala dengan badan menggunakan gam.


Selamat mencuba bersama anak-anak

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Tuesday, February 25, 2014

Pola Baju Kurung Pahang

Assalamualaikum

* Maaf, gambar kurang jelas dan senget

In sya Allah 19 Mac ni Amni dah nak tamat sekolah. Terasa pulak ibu dia ni nak pakai baju kurung baru pada hari graduasi tu nanti. Walaupun majlis tu lebih kurang 3 minggu lagi, saya kena mulakan dari sekarang memandangkan sekarang ni mood menjahit dan tahap kesihatan tidak menentu. Takut tidak sempat siap pulak.

Sudah lama saya tidak menjahit baju kurung. Sudah ingat-ingat lupa. Jadi terpaksalah meng"goggle" untuk mencari cara-cara untuk melukis pola dan menggunting kain. Hari ini saya ingin kongsikan pola Baju Kurung Pahang yang saya olah dan lukis hasil dari beberapa blog yang saya baca. Saya letakkan di blog saya ini supaya senang dijadikan rujukan pembaca dan juga saya sendiri.

Mula-mula sekali kita hendaklah mengambil ukuran badan. Saya hanya mengambil ukuran dari baju kurung sedia ada. 

Ukuran bahu :  15.5"
Labuh baju:      33"
Dada:               35"
Pesak atas:       3.5"
Pesak bawah:   5"
Labuh tangan:   20"
Bukaan tangan: 7"

Semasa melukis pola, ukuran bahu dibahagi 2 iaitu 15.5" /2 = 7 3/4". Lukis 7 3/4" dari kanan ke kiri dan labuh baju iaitu 33" dari atas ke bawah baju. Maknanya kita dapat satu segiempat tepat. Sebenarnya saya tak pandai nak terangkan cara-cara untuk melukis pola ini. Boleh rujuk di http://azrafesyen.blogspot.jp/2012/05/membuat-pola-baju-kurung.html



Disebabkan saya ingin membuat Baju Kurung Pahang, saya menjadikan blog http://kedaijahitku-jahit.blogspot.jp/2011/05/kurung-pesak-gantung.html ini sebagai rujukan juga.





*Pola baju kurung pahang yang sudah siap digunting

Di bawah ni pula pola untuk leher. Saya rujuk di http://homesolehah.blogspot.jp/2009/08/cara-melukis-pola-lubang-leherbulan.html dan juga di http://yusnur-feelfree.blogspot.com

 * Ini pula pola leher baju kurung atau "bulan"

*bulan yang sudah siap digunting dang menggunakan kertas tebal

*Ababila dibuka, beginilah bentuk bulan

Alhamdulillah bila dah siap pola baju kurung ni senanglah sikit nk gunting kain pula. In sya Allah saya akan kongsikan Baju Kurung Pahang saya bila dah siap nanti. Terima kasih kepada tuan punya blog yang telah sudi untuk berkongsi ilmu. Maka siaplah pola Baju Kurung Pahang saya ni.

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Sunday, February 23, 2014

Japanese Cotton - 3rd batch

Assalamualaikum

Sekali lagi saya bawakan kain Japanese Cotton yang original dari Jepun khas untuk peminat-peminat kain cotton. Kali ini saya bawakan kain-kain yang bermotifkan bunga sakura yang berwarna ceria. Jika berminat bolehlah hubungi saya di noriatisaud@gmail.com. Boleh juga lawati page https://www.facebook.com/Frm.Jpn.With.Love. Terima kasih.

 Kod: JP01
Status: Available

 Kod: JP02
Status: Available

Kod: JP03
Status: SOLD

 Kod: JP04
Status: SOLD

 Kod: JP05
Status: SOLD

 Kod: JP06
Status: SOLD

 Kod: JP07
Status: SOLD

Kod: JP08
Status: SOLD

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Thursday, February 20, 2014

Blog

Assalamualaikum

Lama sungguh rasanya saya tinggalkan blog ini tanpa ada entri baru. Bukan lupa untuk update tapi dalam kepala ni rasa kosong, tak tahu apa yang harus dikongsikan. Masih ingat kata-kata cikgu online saya yang kita sepatutnya sentiasa mempunyai entri baru supaya tidak akan mengampakan pembaca yang singgah untuk membaca entri-entri baru dan segar. Sesungguhnya saya telah menghampakan pembaca-pembaca blog saya ( walaupun tidak seramai mana :) ). Terima kasih kerana masih sudi singgah.

Alhamdulillah, telah hampir 6 bulan saya membina blog ini. Setakat ini saya cukup berpuas hati dengan blog ini dan sudah mula sayang dengannya. Rasa bersalah jika saya tinggalkan lama-lama tanpa entri baru. Yelah, blog inilah tempat saya mencoretkan semua perkara dari keluarga saya, anak-anak, resepi-resepi yang saya selalu masak untuk keluarga dan juga pengalaman saya dan keluarga ketika di Jepun. Semoga ianya memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya.

Semoga saya diberi kesihatan yang baik dan juga diberi "kerajinan" oleh Allah untuk sentiasa update blog ini dengan entri-entri baru dan bermanfaat. Doakan saya juga ye! Hingga jumpa lagi entri yang lain nanti. Janganlah segan untuk terus singgah dan membaca blog saya ini. Terima kasih semua.


Sunday, February 16, 2014

Tokyo dilanda salji lagi

Assalamualaikum


Mesti semua dah jemu dengan cerita salji ni kan. Saya hanya ingin mengabdikan gambar-gambar ini untuk tujuan kenang-kenagan. Sebenarnya salji ni mula turun pada awal pagi Jumaat (14.2.2014). Walaupun ianya turun tidak selebat salji pada minggu lepas, ianya turun tanpa henti selama 24 jam beserta dengan hujan. Apabila bangun tidur pagi Sabtu, salji dan menebal dan memutih di jalan.




Pagi Sabtu tu pula Amni bersekolah sebab ada Happiokai ( Hari Persembahan). Suami saya pula outstation. Terpaksalah saya mengharungi hujan sambil mendukung Adib. Memang susah dengan jalan yang basah dan licin. Demi ingin menyaksikan Amni membuat persembahan, saya gagahkan juga.





*Panorama "putih" disekolah Amni

Setelah tengahari barulah semua program selesai. Alhamdulillah hujan pun sudah berhenti dan matahari sudah memancar setelah beberapa hari hilang. Keadaan jalan pun sudah ada yang dibersihkan. Tidaklah susah dan licin untuk berjalan.





*Kawasan parkir kereta berbayar

Adib pun boleh balik berjalan sendiri. Tidak perlu didukung lagi. Sambil berjalan tu sempatlah Adib bermain dengan salji disepanjang jalan. Apabila sampai di rumah saya berilah peluang kepada Amni dan Adib bermain dengan salji diperkarangan kediaman sebelum naik.







******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015