Thursday, January 9, 2014

Resepi chocolate chip cookies

Assalamualaikum


Masa di Malaysia anak-anak saya sukakan biskut Chips More. Boleh dikatakan tak putuslah bekalan biskut ni di rumah. Bila di Jepun ni dah lama tak makan biskut Chips More. Beberapa hari yang lepas saya pun cubalah resepi chocolate chip yang saya ambil dari blog HaSue di sini (halalkan resepi ye). Adalah juga saya olah sedikit resepi tu sebab tak semua bahan ada di rumah masa tu.

Masa bakar pula macam-macam yang terjadi. Adib merengek nak tidurlah, minta didukung (berat budak ni) dan oven pulak sedikit "ting tong". Maka biskut pun jadilah "garing". Nasib baik belum sampai ke tahap hangit. Walaupun keadaan biskut begitu, anak-anak tetap berebut (memang jenis yang suka berebut budak-budak ni ) dan tak cukup. Maka ibu pun berjanji akan masak sekali lagi.

Hari ni saya masak menggunakan resepi yang sama dan sekali lagi mengolah resepi ni. Hari ini saya memang jaga kepanasan oven supaya kejadian yang lepas tidak berulang. Dan alhamdulillah rupa biskut ni pun cantik berbanding yang lepas. Jom intai resepi.


Resepi chocolate chip cookies
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

* 1 cawan gula
* 1 cawan padat gula perang- saya tak guna sebab tak ada di rumah
* 1 cawan mentega (~150gm)
* 1 cawan minyak
* 1 telor
* 1 sb susu segar
* 4 cawan tepong gandum
* 1 sk garam 
* 1 sk cream of tartar - ini pun saya tak guna
* 1 sk baking soda
* ½ cawan walnut cincang - saya tak letak
* 2 cawan semisweet chocolate chips - saya gunakan 1 cawan saja
* 1 sk vanilla extract
* 1/2 cawan tepung jagung - yang ini saya tambah

Cara penyediaan
  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking soda.
  2. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2yang telah diayak dan chocolate chips
  4. Kalau mengikut resepi asal, adunan nampak lembik, tetapi bila saya tambahkan tepung jagung, adunan doleh dibentuk dengan tangan. Letak di atas dulang pembakar, tidak perlu digris.
  5. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven).
HaSue juga ada kongsikan beberapa tip
  1. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
  2. Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang
  3. Untuk dapatkan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 
  4. Untuk cookies yang bentuknya cantik (tidak leper/merebak )- selepas siap mengadun masukkan dlm peti ais 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, begitu juga sementara menunggu membakar simpan adunan dalam peti ais supaya ia tidak cair.
                                *Chocolate chip kurang

                                          *Hasilnya, 2 balang cookies

Alhamdulillah, dapat juga melunaskan janji dengan anak-anak. Semoga mereka semua gembira dapat makan cookies ni bila balik dari sekolah nanti. Selamat mencuba.



******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
  

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015