Saturday, January 18, 2014

Bihun goreng putih

Assalamaualaikum


Kali ini sekali lagi saya kongsi resepi sarapan. Mana tahu ada pembaca yang sudah buntu nak masak apa untuk dijadikan bekal anak-anak ke sekolah. Menu bihun goreng ala-ala bihun goreng Singapore ni pun saya masak untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah. Kalau di rumah ni anak-anak tak berapa gemar sangat bihun goreng. Tapi sekali sekala masak mereka terpaksa juga bawa. Kalau Aiman, kena ada lauk barulah laju sikit dia makan. Ayam goreng ke telur dadar ke. Paling tidak mesti ada keropok goreng.

Saya masak bihun ni ikut gerak hati saya saja. Letak je apa-apa saja yang ada di rumah. Resepi yang
 senang dan tak perlu bahan-bahan yang banyak. 

Resepi bihun goreng putih
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan
  • 1/2 paket bihun - rendam dengan air panas
  • 2 ketul isi ayam - potong kecil
  • 4 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 biji telur
  • Sos tiram
  • 1/2 batang lobak merah - potong dadu
  • 2-3 tangkai sawi - potong kecil
  • 1 sb lada hitam -tumbuk
  • garam
Cara penyediaan
  1. Panaskan kuali dan sedikit minyak. Pecahkan telur dan masak scamble egg. Ketepikan.
  2. Lagi sekali panaskan kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan masak sehingga hampir garing
  4. Masukkan bihun, sos tiram, sayur, lada hitam, garam
  5. Akhir sekali masukkan scramble egg dah kacau sebati. Siap


Boleh juga gantikan ayam dengan makanan laut seperti udang atau sotong. Kalau nak lebih pedas boleh gunakan cili padi. Kalau di kampung saya, makan bihun mesti ada keropok keping goreng. Sudah jadi macam kemestian. Sekarang ni pun anak-anak saya pun suka makan bihun goreng dengan keropok goreng. Satu gandingan yang serasi.





No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015