Friday, January 31, 2014

Serupa tapi tak sama

Assalamualaikum


Alhamdulillah siap lagi 2 biji beg untuk minggu ni. Kali ini saya menjahit beg ala-ala "granny bag". Dah lama berangan nak jahit granny bag ni. Kali ni saya cuba 2 jenis tangkai. Kebetulan tangkai 'PU' dah lama saya beli.



Kain Japanese Cotton dengan bunga sakura ni memang cantikkan. Ditambah pula dengan tangkai merah. Memang naik serinya. Lining pun dari Japanese Cotton. Saiz beg: 34cm (lebar) x 23cm (tinggi) x 10cm (tapak). Panjang tangkai pula 50cm : shoulder carry




Beg dari kain cotton middle weight berbunga dengan tangkai PU ni sama saja saiznya dengan beg di atas iaitu 34cm (lebar) x 23cm (tinggi) x 10cm (tapak) . Lining pula saya gunakan kain polka dot cuodroy dengan magnetic button sebagai penutup beg. Panjang tangkai 25 cm: hand carry

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Thursday, January 30, 2014

Koleksi Fridge Magnet

Assalamualaikum

*Ada banyak lagi ruang tu. Boleh tambah koleksi lagi

Sebenarnya dah lama suami saya suka mengumpul fridge magnet ni. Kalau dia ada outstation keluar negara, dia memang tak lepaskan peluang untuk membelinya. Begitu juga kalau kami pergi melancong atau bercuti kemana-mana. Mesti beli fridge magnet untuk kenang-kenangan sebagai tanda yang kami pernah sampai di situ.

Minggu lepas semasa sedang chatting dengan guru online Zaila Mohammad, baru saya tahu rupanya ada kumpulan yang suka mengumpul fridge magnet. Mereka akan membeli fridge magnet yaang cantik-cantik samada dari dalam atau luar negara. Selama ini saya ingatkan pengumpul fridge magnet hanya mengumpul fridge magnet yang dihadiahkan kepada mereka saja, seperti yang saya dan suami lakukan. Saya tidak pernah tahu ada orang berniaga fridge magnet sehinggalah diberitahu oleh Pn Zaila.

*Koleksi fridge magnet Jepun

*Koleksi fridge magnet dari luar negara

Di Jepun ni memang susah nak jumpa fridge magnet kalau kita melancong dalam negara kerana orang Jepun lebih mengutamakan makanan setempat untuk dijadikan cenderahati. Terdapat bermacam-macam jenis manisan dan kueh yang mencerminkan tempat tersebut. Jadi jika kami pergi melancong kami hanya akan membeli key chain atau phone strap kemudian tukarkan sendiri menjadi fridge magnet. Tampalkan saja magnet kecil di belakangnya, dah siap.

 *DIY fridge magnet

Yang ni lagi satu hobi suami saya.Suka mengumpul kenderaan kecil. Di Malaysia dan ada sekotak kereta kesil. Di Jepun ni pun ada jugak. Pantang jumpa kereta kecil mesti nak beli. Sehinggalah fridge magnet kenderaan kecil pun dia nak kumpul jugak. Tapi memang comel kan kereta-kereta kecil ni. Adib pun suka main.

 *Transport fridge magnet

Yang bawah ni pulak saya beli masa kami ke Ueno Zoo mula-mula datang Tokyo dulu. Suka sangat sebab suami saya akan print gambar keluarga kami yang terbaru dan masukkan dalam frame ni. Jadi, sentiasa bertukarlah gambar dalam tu.

*Saya paling suka fridge magnet photo frame ni

**Ada ke sesiapa yang berminat untuk membeli fridge magnet dari Jepun? 

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Tuesday, January 28, 2014

JJCM- Sumiyaki-ya, Roppongi

Assalamualaikum


Selepas penat meluncur ais, semua perut pun dah lapar. Malam ni suami memilih restoran daging bakar yang halal. Kami hanya berjalan kaki saja dari gelanggang ais ke restoran ini. Memang susah nak jumpa restoran daging bakar yang halal di Jepun. Bila dah jumpa ni kami pun mengambil peluang makan di restoran yang menyediakan makanan Korea dan Jepun ni.



Dr. M pun pernah datang ke sini

Kami memilih ayam dan daging untuk dibakar. Makan pula dengan nasi putih yang dicampur barli. Gambar pun tak sempat nak ambil sebab sibuk melayan anak-anak yang kelaparan. Sedap juga kalau buat di rumah. 




*Akmal dengan muka tak sabarnya

Walaubagaimana pun suami saya tak puas hati dengan servicenya jika dibandingkan dengan bayarannya yang agak mahal. Jika service bagus kita sendiri tidak akan berkira dengan harga. Kami sebenarnya sudah terbiasa dengan layanan yang bagus di restoran-restoran di Jepun. Jadi bila ada restoran yang kurang sikit layanannya, kami jadi terkilan sebab kami rasa kami telah "membayar" untuk dilayan dengan baik.

Alamat restoran Sumiyaki-ya: Nishi-Azabu Annex 1F, 3-20-16 Nishi-Azabu Minato-ku Tokyo
Telefon : 03-3403-5397

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Monday, January 27, 2014

Meluncur ais di Tokyo Midtown

Assalamualaikum


Aktiviti kami sekeluarga Sabtu lepas. Meluncur ais di Tokyo Midtown, Roppongi. Ianya dibuka dari pukul 11 pagi sehingga 10 malam, hanya sehingga 28 Februari 2014 sahaja untuk tahun ini. Tiket masuk pula 1000 yen bagi kanak-kanak dan 1500 yen bagi dewasa serta percuma kepada pemegang kad Diners Club. Harga tiket ini termasuk sekali dengan sewa kasut, topi keledar dan jugak pelapik lutut untuk kank-kanak. 

Bagi saya harga tiket ni berbaloi kerana kita boleh meluncur selama mana kita mahu. Ditambah lagi kita boleh keluar masuk dengan sekali bayar tiket. Bagi pemegang kad Diners Club, terdapat satu lounge yang menyediakan minuman panas dan tempat rehat yang selesa. Alhamdulillah suami saya pemegang kad Diners Club, jadi dapatlah kami minum kopi dan coklat panas selepas penat meluncur.





Kami sampai sana pada pukul 2.30 petang. Orang pun dah ramai. Anak-anak tak sabar nak main. Adib pun kami belikan tiket apabila mengetahui terdapat kasut luncur untuk kanak-kanak kecil. Adib pun tak sabar nak main sebab tengok abang-abang semua siap bertopi keledar dan berlapik lutut. Dia pun nak pakai jugak

                                                               *Adib dah bersedia nak meluncur

Tapi bila pijak je gelanggang ais yang licin tu dan nak jatuh, terus menangis ketakutan. Terus tak nak main dah. Terpaksalah abah jaga dulu sementara ibu dan abang-abang belajar meluncur. Memang menakutkan pertama kali pijak ais yang licin tu. Memang tak boleh berdiri tegak. Terpaksa berpegang pada dinding. Kalau jatuh terlentang tu memang tak terkira banyaknya. Nasib baik semua yang main kat situ bukannya pandai belaka. Dengan kata lain orang pun tak hairan sangatlah kalau kita terjatuh. Lain pula dengan suami saya. Dia dah biasa meluncur semasa belajar di Jepun dulu. Jadi memang tak ada masalahlah. 




*Setelah beberapa ketika meluncur barulah boleh berjalan macam ni

Setelah beberapa jam meluncur, barulah saya boleh bergerak tanpa bantuan dari "dinding" lagi. Itupun hanya boleh berjalan-jalan saja bukannya meluncur. Lain pula dengan anak-anak. Mereka memang cepat belajar. Walaupun masih jatuh tetapi mereka sudah boleh meluncur. Mereka semua seronok meluncur sampai tak ingat hari dah gelap. Ditambah pula mereka berjumpa dengan kawan-kawan sekolah yang turut datang bersama-sama dengan keluarga.


 *Aiman dan Akmal bersama Nicolo dan adiknya


*Amni -kun dan Kaho-chan

Anak-anak tak puas meluncur lagi. Mereka ajak abah datang lagi minggu depan. Ibu mereka pula dah sakit-sakit seluruh badan sebab banyak sangat terjatuh. Pukul 7 malam baru balik. Cukuplah main selama 4 jam lebih. Satu pengalaman yang sungguh bermakna. Sempat menikmati keindahan neon-neon sebelum balik. Dah lama sebenarnya kami tak keluar malam. Kebetulan hari tu taklah sejuk sangat. Memang sesuai sangat.







******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Saturday, January 25, 2014

Resepi salmon bakar bermentega

Assalamualaikum


Nama resepi ni saya main letak je. Tak tahu nak letak nama apa. Sebenarnya saya dapat resepi ni melalui rancangan tv yang saya tonton bersama anak-anak. Ianya merupakan menu untuk kanak-kanak tadika. Nampak macam sedap pula. Kebetulan ada ikan salmon dalam peti ais dan terus cuba. Alhamdulillah sedap tapi saya terlebih masak (over cook) sehingga sayur tu jadi lembik. In syaa Allah akan diperbaiki di masa akan datang.

Resepi salmon bakar bermentega
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

3 keping ikan salmon
1/2 labu bawang besar
1/2 batang lobak merah
kobis
cendawan
bunga kobis
sedikit saderi
1 sb sos tiram
1 sk sos ikan
mentega
*sayur boleh dipelbagaikan mengikut selera.
Cara penyediaan
  1. Tumis bawang besar sehingga wangi dan masukkan sayur, sos tiarm dan sos ikan. 
  2. Masak sebentar.
  3. Letakkan ikan di atas aluminium foil di dalam dulang pembakar
  4. Curahkan sayur yang dimasak tadi ke atas ikan salmon
  5. Letakkan mentega. 
  6. Tutup dengan aluminium foil dan bakar selama 10 minit

Apabila sudah masakbolehlah dihidang dengan nasi.




******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Friday, January 24, 2014

Beg lagi

Assalamualaikum

Hari ni nak update beg lagi. Sepanjang minggu ni Alhamdulillah sempat siapkan 3 biji beg ni.Yang dah siap bergunting pun ada, cuma tak jahit lagi.

1. Market tote beg- beg ni besar, sesuai kalau bawa ke supermarket. Boleh juga letak baju anak-anak kalau mahu mandi-manda. Nak muat apa-apa pun boleh.
Saiz - 45cm (lebar) x 39cm (tinggi) x14cm (tapak)
Panajang tangkai -63cm

                               *Saya tampalkan bunga yo yo

                    *7 kuntum bunga yo yo



2. Foldover sling bag - boleh dipakai 2 cara, tanpa lipat dan juga dilipat. Tali boleh dilaras panjang pendek.
Saiz - 30 cm (lebar) x 35 cm (tinggi) :24 cm (semasa dilipat) x 9 cm (tapak)

                               *Tanpa lipat. Terdapat butang bermagnet

                            *Beg dilipatkan

                            *Terdapat 2 poket di dalamnya

3. Diaper bag - kali ini saya jahitkan zip sebagai penutup. Pertama kali saya menjahit penutup berzip.
Saiz -38 cm (lebar) x 28 cm (tinggi) x 11 cm (tapak)
Panjang tangkai - 60 cm





******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015