Monday, December 9, 2013

Set beg kembali ke sekolah

Assalamualaikum



Alhamdulillah siap jugak akhirnya set beg yang di tempah oleh kawan saya ni. Bukan sebab ianya susah untuk dijahit tetapi mnggu lepas tahap kemalasan saya untuk mejahit tinggi sangat. Padahal bila dah mula menjahit tu sekejap je dah siap.

Sebenarnya meminta saya menjahitkan beg-beg ini untuk 2 orang anak lelakinya yang akan memulakan persekolahan di sekolah baru. Dah ada beg baru semangat sikit nak pergi sekolah kan. Kain dibeli sendiri oleh kawan saya ni. Itupun mengikut selera anak-anak. Seorang nakkan karektor "One Piece",seorang lagi nak karektor "Pikachu". Kalau beli ikut selera mamanya nanti anak tak nak guna pulak. Membazir saja.

Setiap set mengandungi 3 biji beg iaitu beg buku ( 40cm x 30 cm ), beg kasut ( 22 cm x 27 cm ) dan beg baju sukan ( 30 cm x 31 cm ). Setiap murid di sekolah Jepun memang kena ada 3 biji beg ni. Beg-beg ini memang ada dijual di kedai-kedai, yang dah siap. Tapi kadang-kadang bila nak dapatkan satu set dengan corak yang sama tak dapat sebab ada yang sudah terjual.







Diharapkan Hariz dan Hafiz akan suka bila dapat beg ni. Rajin-rajin pergi sekolah dan belajar ya Hariz dan Hafiz. Terima kasih mama Hariz.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015