Saturday, December 7, 2013

Resepi bubur kacang merah

Assalamualaikum


Sabtu lepas saya ke Ameyoko Plaza di Ueno beli kacang merah, ikan bilis dan sotong kering. Ameyoko Plaza ni memang terkenal dengan tempat menjual makanan kering termasuklah nori dan juga makanan laut. Kalau di supermarket berdekatan rumah saya menjual seekor ikan saba (mackerel) dengan harga 780 yen, di Ameyoko 4 ekor ikan saba yang sama saiz dijual dengan harga 500 yen. Sekali sekala ke Ameyoko dan membeli ikan memang berbaloi.

Bubur kacang merah ni saya masak hari minggu yang lepas. Petang-petang perut selalu lapar. Kebetulan roti pun ada, bolehlah cicah bubur tu. Sedap dan mengenyangkan. Anak-anak saya lebih menyukai bubur kacang merah berbanding dengan bubur kacang hijau. Amni boleh menghabiskan bermangkuk-mangkuk bubur ni.

Resepi bubur kacang merah
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

  • 300g kacang merah - rendam semalaman
  • 50g santan serbuk - campurkan dengan air
  • 2 keping gula melaka (yang nipis)
  • 2 sb gula
  • garam
Cara penyediaan
  1. Rebus kacang merah sehingga empuk. 
  2. Masukkan gula melaka, gula dan garam. Masak sehingga larut
  3. Masukkan santan.
  4. Masak seketika dan siap
  5. Boleh dimakan semasa panas dan juga sejuk


Selamat mencuba.


******************************************************


*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015