Tuesday, December 3, 2013

Kek cawan pisang

Assalamualaikum


Musim-musim sejuk ni perut selalu saja lapar. Kalau hujung minggu anak-anak keluar masuk dapur mencari apa yang boleh dimakan. Stok makanan memang selalu kena ada. Biskut, keropok atau roti tak boleh putus. Beberapa hari lepas ibu ni rajin sikit menggodek di dapur. Siaplah kek cawan pisang ni. Resepi ni sebenarnya resepi kek pisang yang saya kongsikan di sini. Kali ini saya hanya masukkan adunan ke dalam cawan kertas supaya cepat masak.

Sebenarnya oven saya ada sikit masalah kalau kita bakar kek dalam bekas kek tu sebab tidak ada api bawah. Jadi kek lambat masak dan kadang-kadang kek jadi bantat. Kalau kita masak kek cawan ni barulah jadi elok sikit. Anak-anak pun suka makan, senang kira berapa biji seorang dapat. Barulah adil.
Di sini saya copy and paste resepi kek pisang supaya senang nak buat rujukan.

Resepi Kek Cawan  Pisang
Oleh: Noriati Saud
Sumber: JintanManis

Bahan-bahan

2 cawan tepung
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telah dilenyek
1/2 cawan minyak masak
2 biji telur

Cara penyediaan
  1. Panaskan oven 150 darjah atau bergantung kepada oven masing-masing
  2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder
  3. Putar telur dan gula sehingga kembang, masukkan esen vanilla dan pisang. Putar lagi
  4. Masukkan tepung
  5. Masukkan minyak masak dan kacau sebati
  6. Masukkan ke dalam acuan kek cawan kertas 3/4 penuh dan bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit - 25 minit
  7. Setelah siap dibakar sejukkan di atas redai, sedia untuk dihidang.


                                          *Kek yang gebu

Selamat mencuba. Jumpa lagi

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015