Saturday, November 23, 2013

Resepi sup ikan

Assalamualaikum
Sedap betul dapat makan sup panas-panas di musim sejuk ni. Makan pula dengan nasi panas dan sambal bilis. Ermmm, memang bertambah. Cik abang pun yang selalu kira kalori bila nak makan, dapat sup ni terus lupa dah berapa banyak kalori yang dia dah ambil hari tu. Sekali sekali sekala mengelat diet tak apa kot.

Kali ini saya gunakan seekor ikan madai. Saya pun tak tahu apa nama ikan ni dalam Bahasa Malaysia. Rupa ikan ni iras ikan merah. Rasa pun sedap macam ikan merah. Sesuai sangat buat sup atau asam pedas.

Resepi sup ikan
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

Seekor ikan madai (lebih kurang 300g - dipotong) - nak guna ikan lain pun boleh
2 ulas bawang putih - dimayang
1/4 bawang besar - dimayang
1/2 inci halia - potong memanjang
kulit kayu manis
bunga lawang
1 sudu kecil rempah sup
garam
batang dan daun saderi
sedikit minyak zaitun
air

Cara penyediaan
  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang sehingga wangi
  2. Maukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sehingga kekuningan
  3. Masukkan air, rempah sup dan batang saderi. Masaksehingga mendidih
  4. Masukkan ikan dan perisakan dengan garam. Masak lagi sehingga mendidih. Siap
  5. Sediakan dalam mangkukdan tabur dengan daun saderi


Selamat mencuba.


*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015