Thursday, November 14, 2013

Resepi nasi lemak

Assalamualaikum


Saya rasa semua orang tahu masak nasi lemak. Macam-macam resepi. Ada yang senang dan tak kurang juga ada yang leceh cara masaknya. Resepi yang saya nak kongsikan di sini senang saja. Yang penting sedap dan ahli keluarga saya menyukainya. Kesedapan nasi lemak ni terletak pada sambalnya. Jika sambal sedap, sedaplah nasi lemak tu.

Anak-anak saya suka makan nasi lemak dengan ayam goreng dan telur rebus. Abah mereka pula mesti ada telur mata kerbau. Jadi kenalah masak semua. Ikan bilis goreng tak ada tak apa. Jom kita tengok resepi nasi lemak. Resepi sambal bilis boleh dapat di sini. Tetapi kali ini saya tidak menambahkan ikan bilis goreng di dalam sambal.

Resepi nasi lemak
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan
4 pot beras - rendam semalaman,basuh dan toskan
2 paket santan serbuk - 1 paket =50g
5 pot air
sebiji bawang merah
beberapa hiris halia
garam

Cara penyediaan
  1. Gaulkan beras dengan santan serbuk sehingga sebati
  2. Masukkan air mengikut sukatan beras atau sesuaikan dengan beras yang digunakan
  3. Masukkan sedikit garam, halia dan bawang
  4. Masak dalam periuk elektrik
Resepi ayam goreng
  • Gaul ayam bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari
  • Goreng sehingga kekuningan
Bila semua sudah siap bolehlah dihidang bersama hirisan timun, telur rebus/ telur mata kerbau dan juga ayam goreng.



Note: Jika beras direndam semalaman, nasi yang dimasak akan berderai dengan cantik.

Selamat mencuba.

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015