Friday, November 8, 2013

Resepi bebola ayam homemade

Assalamualaikum


Dah lama rasa nak makan bebola ayam tapi biasalah di sini susahlah nak dapat yang halal. Setiap kali tengok gambar sup bebola ayam di kotak kiub ayam Maggie, rasa terliur. 2 malam lepas saya nekad nak buat bebola ayam sendiri. Cari punya cari resepi yang senang dan sesuaikan dengan apa yang ada di rumah, jumpalah resepi di Ciptarasanoly di sini. Senang dan sedap.

Saya buat banyak dan disimpan di dalam peti sejuk beku. Boleh digunakan bila-bila saja diperlukan. Punyalah nak makan bebola ayam, nasib baik blender saya tak meletup. Di Jepun ni saya hanya ada satu blender kecik yang tidak tahan lasak. Semasa saya kisar ayam untuk buat bebola ayam, banyak pulak tu, blender saya berasap dan berbau hangit. Cepat-cepat saya berhenti mengisar. Nasib baik boleh digunakan  lagi.

Resepi bebola ayam homemade
Oleh: Noriati Saud
Sumber: Ciptarasanoly.blogspot.com

Bahan-bahan

150g isi ayam (blend kering)
2 sb susu cair
1 bij telur dipukul sedikit
3 sb tepung ubi/tepung jagung (nak campur keduanya pun boleh)
garam secukup rasa
sedikit lada sulah
sedikit pati ayam

Cara penyediaan

  1. Campurkan isi ayam, susu cair, garam, pati ayam, lada sulah dan telur. gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung ubi dan gaul lagi dengan tangan sehingga sebati. 
  3. Panaskan air rebusan. Bila mendidih masukkan bebola. Boleh juga terus dimasukkan ke dalam sup jika ingin masak sup bebola.
  4. Apabila bebola timbul, bermakna ia telah masak.
Tip untuk membentuk bebola ayam


  1. Ambil bebola ayam tadi dengan menggunakan tangan.
  2. Picit perlahan-lahan sehingga keluar celah jari antara ibu jari dan cari telunjuk
  3. Dengan menggunakan sudu,ambil bebola yang terbentuk dan masukkan ke dalam periuk rebusan.
  4. InsyaAllah bebola akan terbentuk cantik.

Resepi sup sayur dengan bebola ayam
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

Bebola ayam
2 ulas bawang putih
bawang besar
1/4 lobak merah
sawi
kobis panjang
1/2 kiub ayam
garam secukup rasa
air

Cara penyediaan
  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi
  2. Masukkan air, kiub ayam dan garam
  3. Bila mendidih masukkan bebola ayam dan sayuran. Masak sekejap dan siap.


Selamat mencuba.


*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

2 comments:

  1. terima kasih, saya dah cuba buat, memang sedap dan mudah membuatnya.Saya mohon share resepi di blog saya ya!

    ReplyDelete
  2. Silakan..saya pun ambik resepi ni dari orang lain jgk..sama2 lah kita share :-)

    ReplyDelete

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015