Saturday, November 30, 2013

Bersalji di Echigo Yuzawa bhg 2

Assalamualaikum


Selepas sarapan kami ke kedai untuk menyewa pakaian. Kami hanya menyewa boot, sarung tangan dan snow cap. Baju dan seluar memang suami dah beli semua. Lebih kurang pukul 9.30 pagi kami turun dan mula memijak di atas salji yang tebal. Anak-anak semua teruja termasuklah ibunya sekali. Ye lah pertama kali memijak salji sampai  tenggelam kaki sehingga ke betis. Salji tu terasa sangat gebu dan halus.

                                          *Akmal nak buat snow angel

                                          *Salji turun agak lebat pagi ni


                                         *Hihihi ibu dia pulak yang over

                                          *Tak boleh meluncur sebab salji tebal

Main tak sampai sejam semua mengadu kesejukkan. Aiman dah menggeletar. Amni menangis sebab sarung tangan tercabut dan tangannya terkena salji. Merah tangan menahan kesakitan. Adib pulak kasut tercabut. Pun menangis. Memang sakit kalau tangan atau kaki terkena salji ni. Boleh kejang dibuatnya. Oleh kerana semua anak dah tak nak main, kami naik ke bilik saja. Biarkan mereka berehat. Adib pun dah tidur. 

Saya dan suami berpakat nak turun main salji bila anak-anak tidur. Pesan dengan Aiman dan Akmal supaya tengok-tengokkan adik. Suami tingalkan satu telefon jika ada kecemasan atau adik menangis. Jadi puaslah saya berdua je dengan suami bermain salji pagi tu. Tapi kalau ada anak-anak lagi seronok.







Dah puas main salji berdua, kami masuk ke bilik dan mendapati semua anak masih tidur. Alhamdulillah, ingatkan Adib dah menangis bila dapati ibu tak ada, rupa-rupanya masih sedap tidur. Usai makan tengahari, sekali lagi kami semua turun main salji. Kali ini anak-anak lebih bersemangat. Perut dah kenyang dan tenaga pun dah recharge.







Setelah seharian bermain dengan salji, anak-anak dah mula boleh biasakan diri dengan kesejukkan. Suami saya pula pada petang itu menukar pakaian yang disewa kepada pakaian yang lebih sesuai. Boot dan sarung tangan yang lebih tahan sejuk. Jadi dapatlah anak-anak bermain dengan lebih selesa.

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


Friday, November 29, 2013

Bersalji di Echigo Yuzawa bhg 1

Assalamualaikum

Dalam entri saya tentang salji di sini, saya ada berjanji yang saya akan menceritakan pengalaman kami sekelurga bercuti di tempat yang bersalji. Tak sahlah kalau datang atau tinggal di Jepun tapi tak pernah main salji kan. Demi tidak menghampakan harapan isteri dan anak-anak, suami saya membuat perancangan untuk bercuti di kawasan yang sejuk. 

Oleh kerana tempat yang dipilih jauh dari rumah, suami saya membuat keputusan untuk menginap di hotel saja. Suami saya membuat tempahan penginapan 3 hari 2 malam iaitu 7/2-9/2/2013. Suami telah memilih Hotel Angel Grandia kerana tempat untuk bermain salji seperti tempat meluncur dan taman permainan hanya berada di kawasana hotel saja. Begitu juga dengan kedai untuk menyewa pakaian atau kelengkapan salji yang lain seperti boot, sarung tangan, snow cap dan juga goggle.

Kami ke Echigo Yuzawa menaiki shinkansen atau bullet train yang mengambil masa selama 2 jam dari Stesen Tokyo. Kali ini kami menaiki double decker bullet train, dapat pula tempat duduk bahagian atas. Alhamdulillah sepanjang perjalanan dapat menikmati keindahan alam semulajadi. Anak-anak pula biasalah, tidur saja sepanjang perjalanan.

                                          * Shinkansen

                                         *Double decker coach

                                           *muka budak demam

                                         *awal-awal lagi dah tidur

Sebenarnya di saat kami ingin pergi bercuti ni Aiman dan Akmal pula demam. Disebabkan semua sudah terjadual dan hotel juga telah ditempah, kami terpaksa meneruskan percutian. Bawaklah bekalan ubat-ubatan bersama dengan harapan mereka cepat baik. paling tidak pun tidak melarat. Dapatlah mereka semua bersuka ria nanti.

Lebih kurang pukul 4.30 petang kami sampai ke Echigo Yuzawa. Memandangkan jadual bas untuk ke hotel pukul 5 petang, sempatlah kami cuci mata dan mencari omiyage ( cenderahati) di stesen tu. Suami saya suka mengumpul magnet peti ais. Setiap kali pergi bercuti atau luar negara pasti akan membeli magnet peti ais sebagai kenangan. Tapi di sini hanya terdapat omiyage makanan saja. 





                                          *Keluar dari stesen nampak pemandangan yang "putih"

                                          *Bas menuju ke hotel

Kami sampai ke hotel dan petang. Jadi tak dapatlah main salji lagi hari ni. Hanya tinjau-tinjau dari dalam hotel. Teruja terlebih bila tengok salji menggunung. Tak sabar nak main ni. Lepas check in hotel kami berehat sebentar sementara menunggu masa makan malam. 




                                         *Katil Doraemon: katil dalam almari

Makan malam disediakan secara buffet. Banyak juga lauk tapi kami hanya makan makanan laut dan sayuran saja. Saya mengambil kesempatan makan banyak ketam. Anak-anak makan sikit saja sebab tak kena dengan selera mereka tambahan pulak ada yang demam. Lepas makan kami hanya melihat-lihat kawasan hotel. Terdapat juga tempat main bertoken di sebelah restoran. Melayang  jugaklah beribu-ribu yen duit abah di situ. Tak apalah, janji anak-anak gembira.

                               *budak demam tak ada selera makan



                               *sukanya dapat makan ketam

                                         *ketam lagi




Malam ni hanya berehat di bilik saja. Perlu tidur awal sebab esok kami akan mula menakluki salji-salji di luar sana. Malam itu salji turun dengan lebat. Tunggu kami besok ye salji. Selamat malam.


*********************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love



Wednesday, November 27, 2013

Resepi nasi goreng jepun

Assalamualaikum


Nasi goreng ni biasanya menjadi penyelasai masalah kalau tidak ada idea nak masak apa atau pun di saat kemalasan melanda. Disamping cepat dimasak ia juga sedap dimakan. Dan yang paling penting semua orang suka. Itulah penghargaan yang paling besar kepada "tukang masak".

Kali ini saya nak kongsikan nasi goreng yang biasa saya masak untuk keluarga. Nasi yang saya gunakan untuk resepi ini sebenarnya adalah kombinasi antara beras siam dan beras jepun (2:1). Kalau saya gunakan sepenuhnya beras jepun, nasi sangat melekit dan melekat. Saya kurang suka manakala jika sepenuhnya guna beras siap terasa keras pulak. Sejak saya masak nasi goreng dengan kombinasi ni, keluarga saya lebih menggemarinya.

Resepi yang saya kongsikan ni langsung  tidak menggunakan cili sebab anak-anak saya tak makan pedas. Jika nak makan nasi goreng yang pedas, bolehlah tambah cili padi atau cili merah dan sebagainya.

Resepi nasi goreng jepun
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

Nasi dari 3 pot beras (2 pot beras siam, 1 pot beras jepun)
6 ulas bawang putih - tumbuk
Sos tiram
Kicap manis
2 biji telur
sedikit isi ayam (nak gunakan udang pun boleh)
sawi
lobak merah potong dadu
minyak zaitun/minyak masak

Cara penyediaan
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi
  2. Masukkan isi ayam. Goreng sehingga masak
  3. Masukkan telur. Kacau sehingga menjadi "scramble"
  4. Masukkan nasi, sos tiram, kicap, sawi dan lobak merah
  5. Kacau sehingga sebati dan "keluar asap dari celah-celah nasi"
  6. Lagi lama masak lagi sedap
  7. Bolehlah dihidang dengan timun dan ayam goreng atau telur mata kerbau

                                          *Beras panjang + beras pendek

Selamat mencuba. Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



****************************************


*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


Tuesday, November 26, 2013

JJCM - Wasyoku no sato

Assalamualaikum

Dalam perjalanan balik dari Yamanakako, kami singgah  makan malam di restoran Wasyoku no sato. Kami memilih restoran ni sebab ianya mempunyai bilik-bilik makan yang selesa untuk keluarga atau ahli yang ramai yang memerlukan privacy dan makanannya juga sedap. Ini merupakan kali kedua kami sekeluarga makan di rangakian restoran ini. Rangkaian restoran ini tidak terdapat di Tokyo kerana ianya memerlukan tanah yang besar untuk restoran dan ruang parking. 

Sementara menunggu giliran untuk dapatkan bilik, aktiviti bergambarlah, apa lagi.

                               *Bodyguard kami pada malam tu

                               *Baek punya pose

                                         *bersama Ieza dan Hana yang pemalu

                            *Ibu sayang kamu berdua

Dah masuk bilik makan pun bergambar lagi. Selagi makanan belum sampai, bergambar lagi untuk dijadikan kenangan.




Saya dan suami memilih tendon set bersama udon manakala untuk anak-anak suami saya memesan nasi dan tempura udang dan sayuran. Adib pula hanya makan chikuwa tempura. En. Hazrie dan anak-anaknya juga memesan tendon set tetapi bersama soba.

                                *Salad untuk suami saya


                                          *nasi dan tempura serta chikuwa tempura  untuk anak-anak

                                         *tendon set dan udon




                                          *muka-muka gembira dapat makan

Akhir sekali bagi hadiah ais krim kepada anak-anak sebab berkelakuan baik di dalam kereta sepanjang tempoh perjalanan pergi dan balik dari Fujima.

              
                      *Sukanya dapat makan ais krim

                                          *Chocolate Pafe untuk ibu dan Adib

Harga makan disini bolehlah tahan. Berbaloi dengan kuantiti dan kualiti.  Tetapi menurut suami saya, mungkin juga ada kenaikan harga kerana jika dulu kami makan 3 keluarga pun harganya lebih kurang dengan kami makan pada malam tu. Apa-apa pun kami berpuas hati kerana makanan sedap dan kami dapat  makan dalam keadaan yang selesa.

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015