Wednesday, October 2, 2013

Tokyo Disneyland

Assalamualaikum.



Hari ni nak buat flash back sikit. Masa mula-mula sampai Tokyo 2 tahun lepas banyak tempat menarik yang berada dalam senarai menunggu untuk dilawati. Tiap-tiap minggu kami berjalan. Anak-anak pulak begitu teruja melihat tempat orang.

Sebelum ke Disneyland suami saya ada mengatakan kepada anak-anak yang tiket ke Disneyland mahal. Kalau nak ke sana anak-anak mestilah berjimat cermat. Tidak boleh membazir air dan elektrik. Demi nak ke Disneyland anak-anak mendengar cakap abah mereka.

Pada 21 Oktober 2011 kami pun ke Disneyland. Saya dan suami tidak memberitahu anak- anak ke mana destinasi kami. Kalau pun ada yang bertanya, abahnya cakap "ikut ajelah, jangan banyak tanya".  Sebelum tiba ke stesen Maihama ( stesen untuk ke Disneyland), Aiman dah perasan. "Abah, kita nak pergi Disneyland ke?".  Bila Akmal dan Amni dengar Disneyland, bersoraklah mereka dalam keretapi. Seronok betul tengok gelagat mereka masa tu.

Harga tiket masuk : 5200 yen untuk dewasa dan 3600 yen untuk kanak-kanak.

Tokyo Disneyland ni luas dan ramai pengunjung. Walaupun kami pergi hari bekerja, tetap juga ramai pengunjung. Kalau mahu ke sini kena ada strategi, barulah boleh merasa bermain banyak permainan. Antaranya kenalah datang awal dan dapatkan Fast Pass. Sebelum ke sana hendaklah membuat perancangan dan ulangkaji tentang selok belok Disneyland. Kenalpasti dan pilih permainan yang menarik sahaja kerana kita tidak mungkin akan dapat bermain semua permainan dalam satu hari.

Masa kami pergi, Disneyland bertemakan Halloween. Jadi labu ada dimana-mana.







                             

                             

Saya menyediakan roti sosej untuk makan di sana. Walaupun tidak dibenarkan membawa makanan, terpaksalah kami "menyeludup" makanan memandangkan kebanyakan makanan di dalam taman tema itu tidak halal. Hanya pop corn saja yang kami beli kat sana. Masa makan pun, kami curi-curi dari dalam beg.

*Bawa balik mainan seorang satu dan jugak bekas pop corn

Seharian di Disneyland memang memenatkan. Malam barulah kami balik. Amni pula dah tak larat nak berjalan. Terpaksalah saya mengendongnya. Dalam keretapi semua tidur terlentok. Bila cakap esok nak pergi lagi ke Disneyland, langsung mereka tak nak. Dah serik agaknya. Cukuplah sekali merasa pergi ke Disneyland ni.

Sehigga bertemu lagi. InsyaAllah pengalaman ke Tokyo Disney Sea pula. Wassalam.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015