Friday, October 4, 2013

Resepi Ayam masak sos

Assalamualaikum



Semalam bila masa makan malam Aiman kata dia tak nak makan sebab dah kenyang. Saya suruh dia makan sikit sebab saya dah masak banyak. Ayam masak sos ni memang lauk kegemaran Aiman. Berpinggan-pinggan dia tambah nasi semalam. Bila dah habis makan. "terima kasih ibu sebab masak. Masakan ibu is the best in the whole world". Anak-anak saya selalu mengucapkan terima kasih kerana masakkan untuk mereka setiap kali selepas makan. Alhamdulillah.

Resepi ni senang sangat nak masak. Sesuai untuk suri yang mempunyai masa yang terhad atau yang baru nak belajar memasak. Jom kita tengok resepi.

Resepi ayam masak sos
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

8 ketul ayam dipotong kecil - gaulkan dengan garam dan kunyit
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1/2" halia
4 sb Sos cili
2 sb Sos cili Thai
1 sb Sos tomato
1 sb Sos tiram
Bawang besar potong bulat

Cara penyediaan.

  1.  Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.
  2. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  4. Masukkan semua sos dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Boleh juga masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  6. Masukkan bawang besar dan masak sehingga layu.
  7. Masukkan ayam yang digoreng dan gaul sebati.
  8. Siap dan sedai dihidang.
Ayam masak sos ni sesuai dimakan dengan nasi putih panas. Selamat mencuba,.



Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Wassalam dan jumpa lagi.


3 comments:

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015