Friday, October 11, 2013

Keselamatan anak-anak di rumah

Assalamualaikum

     *Rumahku

Semua orang tahu rumah merupakan tempat yang paling selamat untuk berlingdung tetapi di rumah jugalah yang banyak menyebabkan kecederaan terhadap kanak-kanak dan orang tua. Ibubapa harus tahu yang kemalangan di rumah juga boleh mengancam nyawa dan boleh menyebabkan kecacatan kekal. Aspek keselamatan hendaklah lebih ditekankan kepada kanak-kanak yang berusia  kurang dari 12 tahun.

Kelmarin seorang bayi  lelaki berusia 10 bulan maut apabila terlanggar semasa ibunya hendak mengundurkan kereta. Bayi itu yang merangkak keluar dari rumah tanpa disedari oleh ayahnya dan ahli keluarga yang lain. Ini bukanlah kali pertama kemalangan seumpamanya berlaku di negara ini. Begitu juga dengan kes tersedak susu dikalangan bayi. Ibubapa sepatutnya lebih berhati-hati dan sentiasa beringat yang malang tidak berbau.

                                                          *Amni yang terjatuh dari katil bertingkat dan muka tersembam atas mainan

                                                       *Akmal dulu pun pernah jatuh semasa bermain di atas katil bertingkat

Hari ini saya ingin kongsikan beberapa perkara tentang keselamatan di rumah dan cara-cara untuk mencegah atau sekurang-kurangnya untuk mengurangkan kes kemalangan di rumah. Setiap ruang di dalam rumah menjadi tempat yang tidak selamat jika aspek keselamatan tidak diambil kira seperti;

1. Bilik tidur         - mempunyai perlatan elektrik
                            - bucu katil
                            - katil bertingkat
2. Bilik air             - lantai yang licin
                            - tab mandi atau baldi mengandungi air
3. Ruang tamu      - tangga
                            - alatan elektrik
                            - peralatan mainan yang boleh menyebabkan tercekik
                            - lantai yang licin
4. Dapur              - Air dan minyak panas
                            - Pisau dan peralatan tajam
                            - Kuali dan periuk panas
5. Garaj atau stor - Racun serangga / minyak tanah
                            - barang-barang pertukangan yang tajam

Pertama saya ingin kongsikan cara yang dibuat oleh suami saya. Jika ingin mengundurkan kereta, suami saya akan menyuruh saya pastikan yang semua anak  di dalam rumah. Kemudian pintu atau gril rumah dikunci supaya semasa abahnya mengundurkan kereta anak-anak tak dapat keluar dari rumah. Jika satu keluarga dikehendaki keluar, suami akan pastikan semua orang berada di dalam kereta dan dia sendiri yang akan membuka dan menutup pintu pagar.

Berikut merupakan langkah pencegahan yang boleh diambil oleh ibubapa untuk mengelakkan kemalangan di rumah.
  1. Jangan meletakkan barang yang boleh dipanjat berdekatan dengan tingkap
  2. Jika ada air tertumpah di lantai,segera keringkan
  3. Simpan semua hamparan atau permaidani yang berlipat
  4. Simpan semua peralatan tajam dan pisau di tempat yang tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak
  5. Memasang pagar keselamatan berdekatan tangga
  6. Sentiasa tidurkan bayi di atas katil bayi atau di lantai
  7. Jangan biarkan bayi menyusu sendirian
  8. Pastikan lantai bilik air tidak licin 
  9. Jangan biarkan anak-anak kecil bermain air tanpa pengawasan
  10. Sentiasa mengawasi anak anda semasa mereka bermain.
Anak-anak adalah anugerah dan amanah Allah. Janganlah kita mensia-siakan mereka. Hendaklah kita sentiasa berwaspada kerana kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja walaupun di rumah kita sendiri.


Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.




No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015