Monday, September 16, 2013

Resepi donut gebu

Asslamualaikum



Kali ni nak kongsi resepi donut pulak. Tiba-tiba je rasa rajin nak buat donut. Lagi pun dah lama tak masak donut ni. Donut ni gebu sangat dan anak-anak sangat suka. Saya ambik resepi donut ni kat sini. Terima kasih Kak Azie. Dah banyak kali buat donut dengan resepi ni dan puas hati.

Resepi donut gebu
Oleh : Noriati Saud
Sumber: Azie Kitchen

Bahan-bahan


  1. 500g tepung gandum
  2. 1 paket yis segera (11g) - saya guna 6g
  3. 50g marjerin/mentega
  4. 1 sudu besar (penuh) shortening- saya tak letak
  5. 2 sudu besar (penuh) gula pasir
  6. 2 sudu besar susu pekat/ susu tepung
  7. 1 biji telur
  8. 1/2 sudu kecil garam
  9. 200ml air suam kuku
  10. Gula halus atau topping kegemaran
Cara-cara penyediaan
  • Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit
  • Setelah yis berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam
  • Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu)
  • Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli dengan tangan. Tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli
  • Uli sehingga doh sebati dan tidak melekat di tangan (sisa-sisa tepung di dalam bekas tu semua bersih). Doh dah siap.
Saya pula hanya menggunakan breadmaker untuk menguli. Masukkan semua bahan kecuali gula untuk disalut bila dah siap nanti. Setkan doh dan tekan "start".

Bila dah siap doh, bulat-bulatkan sekitar 40g sebiji. Biarkan seketika sebelum di cerap/tekap bulat ditengahnya. Gunakan tutup botol air mineral pun boleh. Sedia untuk digoreng.

Goreng dalam minyak yang banyak sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Biarkan sejuk sedikit sebelum disalut dengan gula halus.



                                        *Anak-anak suka makan yang kecik-kecik tu

                                         *Saya buat lubang guna ni

Ok selamat mencuba dan jumpa lagi

Sambil tu bolehlah cuci mata dengan Japanese Cotton: https://www.facebook.com/pages/From-Japan-With-Love/1387926574769890
Jika ada sebarang pertanyaan emailkan kepada noriatisaud@gmail.com
Terima kasih



2 comments:

  1. Hi..tq for the resepi....da cuba..memang best dan sedap utk kami diperantauan..meh lawat i di Cardiff

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...bila diperantauan semua makanan Malaysia sedap..hehehe. Entah bilalah dapat pergi Cardiff..huhu

    ReplyDelete

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015